Images

SLA lancar beta OneMap3D; landskap visual S'pura bentuk 3D yang pertama

SINGAPURA: Anda kini boleh melihat bangunan, mercu tanda dan landskap merata negara dalam bentuk tiga dimensi.

Ini selepas versi beta OneMap3D Penguasa Tanah Singapura (SLA) dilancarkan hari ini (17 Sep) sempena Minggu Geospatial Singapura.

Dibangunkan bersama rakan-rakan industri, ia bertujuan meneruskan usaha memperbaiki peta berkenaan dengan bantuan para peniaga dan orang ramai.

Peta 3D negara itu mempunyai pelbagai aplikasi.

Contohnya, dalam bidang mobiliti dan jagaan kesihatan, dron boleh digunakan untuk menghantar peralatan kecemasan seperti AED di sekitaran bandar.

Para pembeli hartanah boleh menyaksikan teknologi itu semasa Ekspo Hartanah Maya pada bulan depan.

Top