Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sky Greens kebun pertama perolehi sijil di bawah piawai nasional

Sebuah kebun di Singapura menjadi yang pertama diiktiraf di bawah piawaian nasional bagi hasil tanaman organik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2019 09:33PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 09:54PM

SINGAPURA: Sebuah kebun di Singapura menjadi yang pertama diiktiraf di bawah piawaian nasional bagi hasil tanaman organik.

Piawaian tersebut merupakan yang pertama di dunia dengan syarat-syarat ditetapkan mengikut persekitaran bandar.

Sayur-mayur dari kebun tersebut bebas baja buatan atau racun serangga sekali gus bermakna ia adalah organik.

Sky Greens menjadi yang pertama diiktiraf di bawah piawaian nasional yang dilakarkan pada 2017 kerana mampu menghasilkan tanaman organik di kawasan bandar. Penanaman di kebun itu dilakukan secara menegak.

Piawaian tersebut bertujuan merangsang sektor hijau di sini dan ia meliputi proses-proses seperti pengeluaran, amalan sesudah penuaian dan penyimpanan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Piawai Makanan di Majlis Piawai Singapura, Dr Allan Lim, mempunyai piawaian nasional yang diperakui dengan amalan organik adalah sangat penting untuk menaikkan imej kebun-kebun di Singapura dan juga menjadikannya lebih berdaya saing.

"Beberapa piawaian antarabangsa agak sukar untuk diamalkan kebun-kebun Singapura kami kerana keadaan yang berbeza," jelas Dr Lim lanjut.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli pula berkata piawaian yang ditetapkan penting bagi membina kepercayaan terhadap produk makanan di Singapura.

"Ini kemudian akan membolehkan kebun-kebun tempatan memperolehi bahagian pasaran tempatan dan menembusi pasaran antarabangsa," ujar Encik Masagos.

Agensi Makanan Singapura (SFA) juga akan membangunkan 'Piawaian Bersih Alam Sekitar' bagi kebun-kebun dengan keberkesanan sumber dan bermutu tinggi yang tidak mengikut amalan organik secara tetap. 

Sumber : CNA/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan