Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim perintis cucuk tanam di ruang perindustrian dilanjutkan kepada 2024

Satu skim perintis yang membolehkan ladang pertanian ditubuhkan di bangunan-bangunan perindustrian dilanjutkan hingga ke tahun 2024.

Anggaran Waktu Membaca:
Skim perintis cucuk tanam di ruang perindustrian dilanjutkan kepada 2024
Diterbitkan : 01 Dec 2019 03:48PM Dikemas Kini : 01 Dec 2019 03:58PM

SINGAPURA: Satu skim perintis yang membolehkan ladang pertanian ditubuhkan di bangunan-bangunan perindustrian dilanjutkan hingga ke tahun 2024.

Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan 27 ladang seperti itu sudah diluluskan sejak skim tersebut dimulakan pada 2015.

Para pemilik yang ditemui berkata lokasinya di bangunan-bangunan perindustrian mengurangkan kos dan memudahkan hasil tanaman segar dibekalkan kepada pengguna.

Ladang di sebuah bangunan di Admiralty, misalnya, menghasilkan lima tan sayur-sayuran setiap bulan.

Walaupun keadaan sekitaran seperti suhu tidak begitu sesuai, tanaman seperti sayur Kale dan strawberi tetap tumbuh dengan bantuan teknologi.

Sekarang ini, hanya 1 peratus tanah di Singapura digunakan untuk pertanian.

Sekitar 31,000 tan makanan dihasilkan dalam negeri pada enam bulan pertama tahun ini. Jumlah itu kurang 10 peratus daripada keperluan di negara ini.

Oleh itu, dalam usaha meningkatkan bekalan makanan, pemerintah membuka ruang perusahaan untuk bercucuk tanam.

Sejauh ini, 9,400 meter persegi ruang diperuntukkan bagi pertanian seperti rumah hijau atas bumbung seluas 800 meter persegi yang menghasilkan sekitar tiga tan sayur setiap bulan.

Singapura berharap untuk menghasilkan 30 peratus keperluan makanan di dalam negeri menjelang 2030.

Pemaju hartanah JTC menyatakan pertanian di kawasan perindustrian dijangka berkembang lagi apabila Taman Inovasi Pertanian Makanan di Sungei Kadut dibuka pada 2021.

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan