Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim pentauliahan baru pastikan hasil tanaman ladang tempatan bebas racun serangga

Satu program pentauliahan baru sedang dibangunkan untuk mengesahkan ladang-ladang di Singapura yang memenuhi garis panduan kebangsaan bagi penghasilan sayur-sayuran bebas racun serangga dan ditumbuh secara mampan, menurut Enterprise Singapore (ESG) pada Isnin (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2021 09:36PM Dikemas Kini : 14 Dec 2022 05:35PM

SINGAPURA: Satu program pentauliahan baru sedang dibangunkan untuk mengesahkan ladang-ladang di Singapura yang memenuhi garis panduan kebangsaan bagi penghasilan sayur-sayuran bebas racun serangga dan ditumbuh secara mampan, menurut Enterprise Singapore (ESG) pada Isnin (27 Sep).

Program baru itu yang dilakarkan bersama Majlis Pentauliahan Singapura (SAC) dengan Agensi Makanan Singapura, akan memastikan bahawa badan-badan pensijilan bebas boleh menilai secara cekap dan mengiktiraf ladang-ladang bersih dan hijau sedemikian.

Garis panduan itu memastikan hasil daripada ladang sayur-sayuran tempatan ditumbuh secara mampan dan bebas daripada racun serangga - dikenali sebagai Piawai Singapura (SS) 661: Perincian bagi Ladang Bersih dan Hijau - dilancarkan pada Mac lalu.

Ia mengandungi kriteria yang perlu dipenuhi oleh ladang-ladang di bandar dari segi mengurangkan bahan-bahan tercemar dalam proses pengeluaran makanan serta amalan mampan dari segi pengurusan sumber dan sisa.

Pengasas Comcrop, Encik Allan Lim berkata pentauliahan sedemikian "sangat berguna" bagi ladang-ladang tempatan dari segi persaingan dan memastikan keuntungan.

Meskipun teknologi dan amalan perladangan mampan sudah pun dilaksanakan di ladang beliau, Encik Lim tetap merasakan piawaian baru itu akan sukar untuk dilaksanakan.

"Walaupun dengan teknologi dan automasi serta kecekapan tenaga yang dilaksanakan, ia tetap bergantung pada keupayaan (pasukan) kami untuk menyesuaikan diri kepada keperluan yang lebih ketat dan ini akan mengambil masa kerana kami sudah berada dalam tahap operasi," katanya.

"Terdapat amalan-amalan tertentu... dan pemantauan yang perlu dilakukan secara lebih kerap. Kami kemudian perlu menelitinya bersama pasukan kami, melaksanakannya dan juga melihat pada automasi lain untuk merakam data untuk membantu kami memantau dan merakam data ini."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan