Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim pemulihan di rumah diperluas; merangkumi kes lengkap divaksin & berusia sehingga 69 tahun

Mulai Sabtu (18 Sep), skim pemulihan di rumah bagi kes COVID-19 yang sudah lengkap divaksin akan diperluaskan untuk merangkumi para pesakit yang berusia sehingga 69 tahun, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat.

Anggaran Waktu Membaca:
Skim pemulihan di rumah diperluas; merangkumi kes lengkap divaksin & berusia sehingga 69 tahun

Sebuah blok HDB di Singapura. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 17 Sep 2021 07:40PM Dikemas Kini : 17 Sep 2021 07:41PM

SINGAPURA: Mulai Sabtu (18 Sep), skim pemulihan di rumah bagi kes COVID-19 yang sudah lengkap divaksin akan diperluaskan untuk merangkumi para pesakit yang berusia sehingga 69 tahun, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat.

Buat masa ini, hanya kes-kes yang berusia antara 12 hingga 50 tahun layak menjalani pemulihan di rumah, yang dijadikan sebagai model pilihan bagi pengurusan kes-kes sedemikian.

Untuk dianggap layak bagi aturan tersebut, para pesakit COVID-19 mestilah lengkap divaksin, berusia antara 12 hingga 69 tahun dan tidak mempunyai keadaan kesihatan atau penyakit yang serius.

Mereka juga mestilah berupaya mengasingkan diri di dalam bilik, "sebaik-baiknya" yang dilengkapi dengan tandas, menurut MOH.

Pada masa yang sama, tidak boleh ada anggota keluarga yang berusia 80 tahun ke atas atau tergolong dalam kumpulan-kumpulan mudah terdedah seperti wanita hamil atau mereka yang mengalami tindak balas imun yang lemah, tambah MOH.

Di bawah skim yang diperluaskan itu, sesiapa yang diuji positif COVID-19 dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan boleh memulakan proses pemulihan di rumah dengan segera, tanpa perlu dibawa ke hospital atau pusat jagaan masyarakat.

"Kami akan terus menggesa semua individu COVID-19 yang lengkap divaksin yang berusia bawah 70 tahun untuk menjalani pemulihan di rumah sebagai aturan pilihan, seperti bagaimana anda akan pulih dari selesema, sebagai contoh," menurut Kementerian Kesihatan.

Sejak 15 Sep, pemulihan di rumah menjadi model pilihan untuk pesakit COVID-19 yang sesuai dan berusia 50 tahun ke bawah.

Menurut MOH, 597 kes COVID-19 yang lengkap divaksin, termasuk 13 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun sudah "berjaya memulakan" proses pemulihan di rumah.

Ini hampir dengan sepertiga kes dalam masyarakat bagi tempoh dua hari lalu, dedah MOH.

Sejak program perintis itu dimulakan pada 30 Ogos, 32 daripada mereka sudah disahkan pulih sepenuhnya.

Menurut MOH, data "terus menunjukkan" bahawa para individu yang lengkap divaksin kurang berisiko sakit teruk, termasuk mereka yang berusia bawah 70 tahun.

Kriteria pemulihan di rumah yang diperluaskan akan membolehkan lebih ramai pesakit COVID-19 pulih "dalam keselesaan rumah mereka sendiri", sedang sumber-sumber hospital diperuntukkan bagi mereka yang "benar-benar memerlukan rawatan yang lebih intensif", jelas MOH.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan