Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim insurans baru lindungi pekerja asing bagi kecederaan bukan berkaitan kerja

Pekerja asing bakal dilindungi bagi insiden tidak berkaitan dengan kerja di bawah satu skim insurans baru yang akan dilancarkan Januari tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Sep 2020 05:11PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 10:07PM

SINGAPURA: Pekerja asing bakal dilindungi bagi insiden tidak berkaitan dengan kerja di bawah satu skim insurans baru yang akan dilancarkan Januari tahun depan.

Inisiatif itu adalah hasil kerjasama Pusat Pekerja Asing dan pertubuhan LEAP201 yang diumumkan hari ini (30 Sep).

Skim insurans baru tersebut melindungi pekerja asing bagi insiden berlaku bukan semasa bekerja yang boleh menyebabkan kematian mahupun hilang keupayaan secara keseluruhan ataupun tetap.

Dengan kos S$9 setiap tahun, mereka boleh mendapatkan pembayaran sebanyak S$10,000 jika kemalangan demikian berlaku.

Bagi memulakan insiatif itu, Pusat Pekerja Asing (MWC) dan pertubuhan LEAP201 sudah mengumpulkan S$600,000 yang akan digunakan sebagai pembayaran subsidi kepada 50,000 pekerja asing pertama dalam tempoh dua tahun pertama.

Ini bermakna para majikan hanya perlu membayar S$3 setiap tahun untuk dua tahun bagi para pekerja asing yang dilindungi.

"Dalam keadaan COVID-19 yang sukar ini, saya rasa pelan insurans dirintiskan Pusat Pekerja Asing dan LEAP201 akan memberi laluan dari segi kepastian kepada para pekerja asing kita terhadap pendapatan mereka atau keresahan lain yang terjejas akibat COVID-19," kata Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng.

"Jadi dengan insurans ini, diharap data memberi mereka rasa tenang, yang mana mereka boleh keluar bekerja walaupun ada apa-apa yang berlaku seperti penyakit teruk atau kemalangan."

Buat masa ini, para pekerja asing hanya dilindungi di bawah Akta Pampasan Kecederaan Kerja yang melindungi kecederaan atau penyakit berkaitan kerja.

Insurans perubatan yang wajib didapatkan pihak majikan buat para pekerja asing mereka pula hanya melindungi kos hospital dan pembedahan yang perlu dijalani pekerja asing. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan