Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim galak aturan kerja fleksibel dapat suntikan tambahan S$70 juta

Sekumpulan kecil pekerja di negara ini berkongsi beban tugas mereka dengan rakan-rakan kerja yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Skim galak aturan kerja fleksibel dapat suntikan tambahan S$70 juta

(Gambar: Alif Amsyar)

Diterbitkan : 05 Mar 2019 06:47PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 06:49PM

SINGAPURA: Sekumpulan kecil pekerja di negara ini berkongsi beban tugas mereka dengan rakan-rakan kerja yang lain.

Ini bermakna masa mereka di pejabat lebih singkat dan mereka dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mahu menggalakkan perkongsian kerja seperti itu dalam aturan kerja fleksibel.

Cik Sharon Tan, pegawai akaun syarikat Federal International menghabiskan masa sekitar empat jam sehari di pejabat.

Setelah itu, tugasnya disambung seorang rakan sekerja.

Cik Sharon sudah berkongsi kerja dengan rakannya selama hampir lima tahun.

Ibu tiga anak itu berkata keputusannya memilih aturan kerja seperti itu, berbaloi walaupun gaji dan faedah yang diterimanya dipadankan dengan tempoh masa kerjanya.

"Kebaikannya adalah walaupun kami bekerja, kami masih boleh menjaga anak-anak kami," kata Cik Sharon Tan.

Bagaimanapun aturan perkongsian kerja seperti itu bukan huraian tunggal yang sesuai untuk semua.

Ia bergantung kepada corak kerja dan juga sikap pegawai-pegawai yang terlibat.

Namun pemerintah menggalakkan lebih banyak syarikat supaya menawarkan aturan kerja fleksibel seperti perkongsian kerja supaya para penjaga dan suri rumah sepenuh masa dapat kembali bekerja.

Bagi membantu syarikat-syarikat menyediakan aturan kerja fleksibel, pemerintah akan menambah lagi S$70 juta bagi Geran Mengimbangi Kerja dan Kehidupan. Dengan ini peruntukan tersebut dinaikkan kepada S$100 juta berbanding S$30 juta sekarang.

Sumber : CNA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan