Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim Beli Balik Pajakan penting bagi generasi seterusnya, kata Saktiandi

Pemerintah akan membantu para pemilik rumah mendapatkan flat lain untuk tinggal, apabila flat mereka mencapai tempoh pajakan 99 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2018 09:25PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 09:28PM

SINGAPURA: Pemerintah akan membantu para pemilik rumah mendapatkan flat lain untuk tinggal, apabila flat mereka mencapai tempoh pajakan 99 tahun.

Semasa menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi jaminan kepada rakyat Singapura, mereka tidak akan dibiarkan tanpa tempat berteduh.

Memberi reaksinya kepada pengumuman PM Lee, Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat, yang juga Anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pembangunan Negara, berkata: "Anak-anak saya, cucu-cicit kami buat masa akan datang, boleh menghadapi kehidupan yang baik buat masa akan datang, dalam flat-flat yang mungkin lebih moden dari apa yang kita lihat sekarang."

"Jadi kita perlu memikirkan tentang masa depan anak-anak kita, masa depan generasi akan datang. Itu adalah satu penjelasan," tambah beliau.

Warga Singapura yang sudah tinggal di flat mereka sehingga 40 tahun mempunyai sekitar 60 tahun baki tempoh pajakan apabila mereka bersara kelak.

Itu dilihat sebagai cukup lama bagi mengekalkan nilai yang besar dan menjadi bekalan bagi persaraan yang baik.

Meskipun ada beberapa cara bagi para penduduk meraih keuntungan daripada flat-flat lebih lama, pemerintah sedang mencari jalan untuk membantu.

PM Lee berkata: "Kita boleh menjadikan keadaan lebih baik, kita boleh melakukan banyak perkara untuk membantu para penduduk meraih wang daripada flat-flat lama - kita boleh meluaskan Skim Beli Balik Pajakan, kita boleh melakukan sesuatu untuk memperbaiki kecairan kewangan pasaran jualan semula, memudahkan orang ramai membeli dan menjual flat-flat lama. MND sedang meneliti hal ini."

PM Lee menerangkan bahawa tempoh pajakan tidak boleh dilanjutkan supaya adil kepada generasi akan datang.

Para pemilik flat sekarang boleh menyerahkan flat mereka kepada satu dua generasi akan datang sebelum flat itu diserahkan balik kepada pemerintah.

Itulah saja caranya bidang tanah itu dikitar semula untuk memastikan generasi akan datang boleh membeli flat-flat BTO sendiri.

PM Lee juga menjelaskan sebab praktikal tempoh pajakan flat tidak dilanjutkan.

Menurut beliau, ada bangunan yang akan kelihatan usang sebelum mencapai separuh tempoh pajakan dengan sistem mekanikal dan elektrikal akan menjadi luput.

Namun PM Lee menambah, beberapa blok boleh dikekalkan untuk nilai warisan atau sebab-sebab sentimental bagi mengingatkan orang ramai bagaimana keadaan masa-masa lalu tetapi ia seharusnya bukan satu pengecualian. 

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan