Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim baru VERS boleh cetus rasa kurang senang di kalangan penduduk, kata Alex Yam

Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pembangunan Negara Alex Yam menyuarakan keprihatinannya terhadap skim perumahan baru yang membolehkan lebih ramai pemilik flat HDB untuk meraih manfaat daripada pembangunan semula sebelum tempoh pajakan flat mereka selama 99 tahun berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Skim baru VERS boleh cetus rasa kurang senang di kalangan penduduk, kata Alex Yam

Gambar: Hester Tan

Diterbitkan : 20 Aug 2018 08:41AM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 08:44AM

SINGAPURA: Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pembangunan Negara Alex Yam menyuarakan keprihatinannya terhadap skim perumahan baru yang membolehkan lebih ramai pemilik flat HDB untuk meraih manfaat daripada pembangunan semula sebelum tempoh pajakan flat mereka selama 99 tahun berakhir.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan rancangan yang dikenali sebagai Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) dalam ucapannya di Rapat Umum Hari Kebangsaan semalam (19 Ogos).

Encik Lee berkata skim tersebut yang akan dilaksanankan dalam kira-kira 20 tahun, adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang yang memudahkan Pemerintah untuk membangunkan semula estet-estet kejiranan secara bertahap-tahap.

Ia akan dijalankan ketika usia flat-flat mencecah sekitar 70 tahun, tambahnya. Para pemilik flat boleh mengundi untuk Pemerintah membeli semula rumah mereka sebelum tamat tempoh pajakan.

Isu nilai flat lama yang merosot dan kesukaran untuk menjualnya mendapat tumpuan baru-baru ini.

Namun, isu berkaitan en-bloc privet juga boleh berlaku kepada VERS, kata Encik Yam, merujuk kepada "rasa kurang senang" yang mungkin timbul dari "idea sebuah kumpulan menentang yang satu lagi".

Meskipun akur bahawa butiran tentang skim baru itu belum lengkap, beliau menimbulkan beberapa perkara.

"Anda melihat pada persentil seperti apa? Apakah anda melihatnya sama seperti sektor privet? Bagaimana anda akan menangani keprihatinan mereka yang sudah memilih VERS tetapi mendapati diri mereka kerugian?" tanya beliau.

Encik Yam turut mempersoal tentang bagaimana HDB akan menaksir nilai hartanah, dan bagaimana wang CPF akan dikembalikan.

"Kami tidak melaksanakan begitu banyak langkah meredakan pasaran bagi memperlahankan pasaran en-bloc privet, hanya untuk VERS menggantikannya. Anda perlu ambil kira pasaran en-bloc privet membentuk hanya 20 peratus. VERS akan menjejas baki 80 peratus," katanya.

Encik Yam bagaimanapun akur bahawa VERS dalam "beberapa cara" menangani keprihatinan mereka yang memiliki flat lama buat masa ini.

Anggota GPC Saktiandi Supaat bersetuju bahawa butir-butir seperti ini perlu diketengahkan meskipun program tersebut hanya akan dilaksanakan dalam sekitar 20 tahun akan datang dan masih ada masa untuk ia dilakar secara terperinci.

Timbalan Pengerusi GPC bagi Pembangunan Negara Chong Kee Hiong pula menyambut positif skim baru itu.

Beliau berkata VERS membolehkan para pemilik rumah untuk mendapatkan rumah baru dengan teknologi terkini.

"Jika anda tidak mempunyai VERS, para penduduk hanya mempunyai satu pilihan iaitu untuk menjual flat mereka yang tempoh pajakannya hanya tinggal sekitar 20 tahun, jadi ia akan membantu mereka," katanya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan