Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siswi NUS maut nahas di Clementi Road; pemandu yang langgar teksi didenda, dilarang memandu

Seorang pemandu yang memandu laju hingga berlanggar dengan sebuah teksi yang sedang membelok ke kanan, menyebabkan seorang mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS) terbunuh dan mencederakan tiga yang lain, didenda S$5,000 dan dilarang memandu selama dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Siswi NUS maut nahas di Clementi Road; pemandu yang langgar teksi didenda, dilarang memandu

Kemalangan pada Apr 2018 yang menyebabkan kematian seorang siswi NUS (Gambar: Facebook/Roads.sg)

Diterbitkan : 04 Dec 2020 06:41PM Dikemas Kini : 04 Dec 2020 06:45PM

SINGAPURA: Seorang pemandu yang memandu laju hingga berlanggar dengan sebuah teksi yang sedang membelok ke kanan, menyebabkan seorang mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS) terbunuh dan mencederakan tiga yang lain, didenda S$5,000 dan dilarang memandu selama dua tahun.

Ng Li Ning, 24, dijatuhkan hukuman itu di sebuah mahkamah daerah pada Jumaat lalu (27 Nov), setelah menghadiri beberapa persidangan sebelum perbicaraan. Ini setelah tertuduh bersama Ng, seorang pemandu teksi, dijatuhkan hukuman pada Ogos 2019.

Hukuman bagi memandu secara berbahaya dengan kelajuan 83km/j hingga 92km/j dijatuhkan setelah Ng disaman oleh salah seorang penumpang yang terselamat dan dipertanggungjawabkan 35 peratus atas peranannya.

Nilai ganti rugi masih belum ditentukan.

Para mangsa, Cik Kathy Ong, Encik Ting Jun Heng, Encik Zon Lim dan Encik Lim Jin Jie, telah menaiki teksi yang dipandu tertuduh bersama Yap Kok Hua untuk ke Kolej Tembusu NUS pada 19 April malam, dua tahun lalu.

Yap gagal memastikan penumpangnya memakai tali pinggang keledar. Cik Ong ketika itu berusia 19 tahun manakala yang lain berusia 22.

Di persimpangan Commonwealth Avenue West dengan Clementi Road pada sekitar 7.30 malam hari itu, Yap sedang membuat belokan ke kanan apabila
Ng, yang ketika itu berusia 21 tahun memandu dari arah bertentangan dan bergerak lurus dengan hak laluan, menurut dokumen mahkamah.

Ng memandu pada kelajuan melebihi had 70km/j lalu berlanggar dengan teksi dipandu Yap. Kedua-dua kenderaan terpusing dan rosak teruk, dengan teksi tersebut berlanggar dengan satu lagi kereta tidak bergerak di simpang jalan.

Satu laporan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kemudiannya menganggarkan kelajuan kereta Ng adalah antara antara 92-97km/j sejurus sebelum pelanggaran.

Laporan kedua mengganggarkan kelajuan kereta Ng antara 83-84km/h, 0.6 saat sebelum pelanggaran.

Cik Ong dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia pada hari yang sama. Rakan-rakannya mengalami kecederaan termasuk keretakan tulang belakang, kecederaan trauma pada otak dan calar-calar dengan serpihan kaca dalam luka mereka.

Encik Ting yang duduk di belakang, cedera teruk dan pada awalnya koma, serta berada di hospital selama lebih 50 hari.

Pengajiannya ditunda dan beliau menjalani rawatan pemulihan lanjut dan mengalami komplikasi kesihatan.

Pada Jun, beliau mengenakan tindakan saman di Mahkamah Tinggi ke atas Ng dan Yap atas kecuaian, namun kes itu belum selesai.

Yap dipenjara lapan minggu dan dilarang memandu selama lima tahun pada Ogos 2019 setelah mengaku bersalah atas kelakuan cuai yang tidak setara dengan membunuh dengan niat serta satu kesalahan menyebabkan kecederaan teruk ke atas tiga mangsa yang terselamat.

Hakim Mahkamah Tinggi bagi kes Encik Ting terhadap Ng dan Yap mendapati Ng gagal melihat keadaan jalan raya dan gagal memandu dengan cermat di persimpangan.

Hukuman bagi kesalahan memandu dengan berbahaya adalah penjara sehingga setahun dan denda tidak melebihi S$5,000 bagi kesalahan pertama. Hukuman akan digandakan bagi pesalah berulang. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan