Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siswa rakam video bawah wanita digantung pengajian: Kolej Yale-NUS

Mahasiswa kolej Yale-NUS Brandon Lee Bing Xiang digantung pengajiannya sejak Mac lalu. Demikian menurut kenyataan kolej itu pada Jumaat (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Siswa rakam video bawah wanita digantung pengajian: Kolej Yale-NUS

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Oct 2019 06:57PM Dikemas Kini : 04 Oct 2019 06:58PM

SINGAPURA: Mahasiswa kolej Yale-NUS Brandon Lee Bing Xiang digantung pengajiannya sejak Mac lalu. Demikian menurut kenyataan kolej itu pada Jumaat (4 Okt).

Lee didakwa pada Selasa (1 Okt) atas kesalahan mengambil video bawah skirt atau 'upskirt' wanita dan merakam mereka sedang mandi di kampus. antara Ogos 2017 dan Mac tahun ini.

"Lee dengan serta-merta digantung pengajian sehari setelah kolej dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada Mac 2019," kata Naib Presiden Eksekutif (Hal Ehwal Akademik) Kolej Yale-NUS, Profesor Joanne Roberts semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Kolej kini sedang mengkaji semula kes itu dan akan mengenakan tindakan disiplin sewajarnya berdasarkan bukti yang ada."

"Lee kini digantung pengajiannya bagi tempoh yang tidak ditetapkan sementara proses siasatan dan disiplin dijalankan,"ujarnya.

Menurut beliau lagi, pihak kolej sudah menghubungi mahasiswa yang terjejas untuk "menghulurkan sokongan yang perlu."

"Perkara itu kini kes mahkamah dan tidak wajar bagi pihak kolej untuk memberi kenyataan lanjut berhubung kes Lee," kata Profesor Roberts lagi.

Menurut kertas-kertas tuduhan, kesalahan itu berlaku sama ada di bilik darjah atau di bilik mandi kolej seni liberal.

Lee dituduh menyasarkan sekurang-kurangnya empat wanita.

Profesor Robert berkata kolej itu "memandang serius terhadap tuduhan berhubung salah laku seksual" dan mempunyai "sebuah proses bagi menangani perkara sedemikian."

Langkah-langkah turut disediakan untuk memastikan kebajikan psikologi para mahasiswa.

"Apabila kes salah laku seksual dilaporkan secara rasmi kepada kolej, siasatan akan dijalankan dan tindakan disiplin diambil," kata Profesor Roberts.

'Langkah-langkah keselamatan juga dilaksanakan untuk melindungi keselamatan dan kebajikan mahasiswa di dalam kampus."

Lee akan kembali ke mahkamah pada 22 Okt.

Jika sabit kesalahan, Lee boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan menceroboh hak privasi seorang wanita dengan tujuan mencabul kehormatan beliau. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan