Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem Penilaian dihasilkan untuk semak keupayaan syarikat urus data peribadi

Syarikat-syarikat tidak lama lagi boleh membuktikan keupayaan masing-masing untuk menguruskan data peribadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2021 05:42PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 10:07PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat tidak lama lagi boleh membuktikan keupayaan masing-masing untuk menguruskan data peribadi.

Ia dapat dilakukan menerusi sistem Penilaian Kepercayaan Data Credence, yang dihasilkan oleh pemain industri bagi mengesahkan pematuhan undang-undang data dan keselamatan.

Penilaian seumpama itu boleh digunakan bagi membuktikan amalan pengendalian data yang selamat.

Rating itu dihasilkan oleh syarikat pemula, Credence Lab.

Buat masa ini, sistem itu masih diperhalusi bagi meliputi pelbagai khidmat seperti pensijilan, nasihat guaman dan perunding cara bagi syarikat-syarikat.

Ia bertujuan menyediakan syarikat dengan piawai industri yang sah bagi menguruskan data peribadi.

Syarikat-syarikat juga akan dinilai berhubung proses menguruskan data serta komunikasi dengan pelanggan dan rakan-rakan kerja. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan