Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem pengangkutan awam S'pura antara yang terbaik di dunia

Negara ini memiliki sistem pengangkutan awam yang disifatkan sebagai antara yang terbaik dan paling dimampui berbanding 24 bandar utama di merata dunia, menurut laporan yang dikeluarkan oleh firma perunding McKinsey pada bulan Jun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem pengangkutan awam S'pura antara yang terbaik di dunia

Gambar fail bas SBS Transit dan kereta api SMRT. (Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 09:45PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 09:49PM

SINGAPURA: Negara ini memiliki sistem pengangkutan awam yang disifatkan sebagai antara yang terbaik dan paling dimampui berbanding 24 bandar utama di merata dunia, menurut laporan yang dikeluarkan oleh firma perunding McKinsey pada bulan Jun lalu.

Laporan bertajuk "Elements of success: Urban transportation systems of 24 global cities" mengkaji sistem pengangkutan di 24 buah bandar menggunakan lebih 80 penunjuk dari segi lima dimensi utama: kesediaan khidmat, kemampuan, kecekapan, keselesaan dan kemampanan.

Sesetengah penunjuk termasuk jumlah penduduk yang menetap atau bekerja dalam lingkungan 1km dari stesen kereta api, kos tambang pengangkutan awam bulanan sebagai sebahagian purata pendapatan dan purata masa menunggu pengangkutan awam.

Laporan itu meliputi semua bentuk pengangkutan - pengangkutan peribadi, pengangkutan awam, pengangkutan yang dikongsi, berbasikal dan berjalan kaki.

Singapura menduduki tempat pertama dari segi pengangkutan awam yang dimampui dan ia juga mencatat prestasi yang baik dari sudut kecekapan dan keselamatan pengangkutan awam.

"Singapura mewujudkan sistem pengangkutan awam terbaik, yang mudah diakses, cekap, mudah, mampan dan pada masa yang sama, ia dimampui," menurut laporan itu lagi.

Laporan itu turut menarik perhatian bahawa langkah penting ke arah sistem pengangkutan yang dimampui berjaya dicapai pada 2013 di mana tambang pengangkutan awam disemak dan langkah-langkah baru diperkenalkan, termasuk diskaun 15 peratus bagi tambang dewasa untuk pekerja bergaji rendah, perjalanan percuma bagi kanak-kanak dan tujuh lagi konsesi.

Dengan itu, lebih sejuta penumpang pengangkutan awam meraih manfaat daripada skim-skim baru, menurut McKinsey.

Singapura juga mencatat rating yang tinggi bagi sistem yang mampan melalui sistem pengangkutan awam yang "paling selamat dan berdaya tahan", menurut laporan tersebut.

Menurut laporan itu, sistem tambang pengangkutan awam Singapura mudah dan fleksibel, dengan penggunaan kad EZ-Link sebagai satu ciri yang "cemerlang".

TAHAP KEPUASAN TINGGI DALAM KALANGAN PENDUDUK

Bagi setiap bandar yang disenaraikan dalam laporan tersebut, 400 penduduk ditinjau mengenai tahap kepuasan mereka berhubung pilihan pengangkutan yang disediakan serta pandangan mereka mengenai sama ada sistem yang digunakan itu semakin bertambah baik.

Berdasarkan responden yang ditinjau di Singapura, lebih 80 peratus berkata bahawa mereka berpuas hati dengan keadaan pengangkutan awam secara keseluruhannya. Perangkaan ini lebih tinggi berbanding 71 peratus yang berpuas hati dengan pengangkutan privet secara keseluruhannya.

Laporan McKinsey turut mendedahkan bahawa para penduduk di Singapura adalah responden yang paling berpuas hati dari segi banyak aspek yang ditinjau berbanding para penduduk bandar lain.

Khidmat elektronik seperti kaedah perancang perjalanan dan evolusinya adalah antara ciri-ciri pengangkutan yang paling dihargai oleh para penduduk yang ditinjau.

Para responden bagaimanapun prihatin tentang pengangkutan privet yang dimampui, yang menurut laporan McKinsey, disebabkan oleh dasar Singapura yang mengawal jumlah kereta di negara ini.

Berdasarkan laporan McKinsey, empat daripada 10 bandar utama bagi pengangkutan awam terbaik adalah di Asia - iaitu Singapura, Hong Kong, Seoul dan Beijing. 

Sumber : CNA/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan