Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem pendidikan Switzerland jadi model bagi S'pura

Singapura berharap dapat mempersiapkan golongan belianya bagi masa depan yang tidak menentu, dengan menggabungkan amalan terbaik sistem pendidikan negara dengan Switzerland.

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem pendidikan Switzerland jadi model bagi S'pura

Seorang guru berinteraksi dengan para pelajar di sebuah tadika MOE. (Gambar: Ministry of Education)

Diterbitkan : 07 Jun 2018 09:26PM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 09:32PM

SINGAPURA: Singapura berharap dapat mempersiapkan golongan belianya bagi masa depan yang tidak menentu, dengan menggabungkan amalan terbaik sistem pendidikan negara dengan Switzerland.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata demikian di sebuah kongres antarabangsa bagi pendidikan profesional dan kejuruan, semasa lawatan empat harinya ke Switzerland.

Encik Ong berkata, usaha itu bermakna menyepadukan penekanan Singapura ke atas akademik dengan tumpuan tinggi Switzerland terhadap perantisan, daripada mempunyai dua sistem pendidikan itu dijalankan selari.

Namun beliau menarik perhatian, faktor-faktor seperti norma masyarakat adalah "bahan rahsia" bagi kejayaan.

Sedang Singapura bergerak untuk menyediakan pelbagai laluan pendidikan bagi para pelajar, Encik Ong berkata masyarakat perlu memperluaskan fahaman mereka terhadap erti kejayaan.

Meritokrasi juga mesti memegang makna yang lebih luas bagi memastikan adanya peluang bagi masyarakat di samping pergerakan sosial terus berjalan. 

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan