Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem kamera kelajuan baru bermula di Tanah Merah Coast Road

Pada Isnin depan (17 Dis), sistem Kamera Kelajuan Purata (ASC) akan mula digunakan bagi tindakan penguatkuasaan di Tanah Merah Coast Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2018 09:03PM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 10:04PM

SINGAPURA: Pada Isnin depan (17 Dis), sistem Kamera Kelajuan Purata (ASC) akan mula digunakan bagi tindakan penguatkuasaan di Tanah Merah Coast Road.

Kamera-kamera ASC itu akan diletakkan di tempat mula dan akhir zon penguatkuasaan itu.

Ia bagi membolehkan sistem ASC mencatat tahap kelajuan purata kenderaan semasa bergerak di zon tersebut.

Jika bacaan puratanya melebihi had kelajuan yang ditetapkan pemandu kenderaan yang berkenaan akan dikenakan dakwaan kerana memandu laju.

Ini merupakan kali pertama ASC digunakan di jalan-jalan raya di sini.

Ia dimulakan di bahagian Tanah Merah Coast Road sepanjang 4 kilometer itu yang sering menjadi tempat perlumbaan haram dan memandu terlalu laju.

"Tanah Merah Coast Road merupakan sebatang jalan melintang dan banyak digunakan kenderaan berat dan pengayuh basikal. Kita mahu memastikan jalan raya ini selamat bagi semua pengguna dan kami mahu mengekalkan had lajunya kepada 70 kilometer sejam sepanjang jalan tersebut," menurut Timbalan Komander Polis Trafik, DAC Anthony Yap. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan