Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem janji temu automatik poliklinik, Pusat Jantung Kebangsaan jimat 1,200 jam masa menunggu

Sebuah sistem yang menempah janji temu pesakit secara automatik sejauh ini berjaya menjimatkan hampir 1,200 jam masa menunggu. Ia menempah hampir 3,000 janji temu dalam satu percubaan di beberapa poliklinik terpilih dan Pusat Jantung Kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Aug 2021 06:51PM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 09:43PM

SINGAPURA: Sebuah sistem yang menempah janji temu pesakit secara automatik sejauh ini berjaya menjimatkan hampir 1,200 jam masa menunggu.

Ia menempah hampir 3,000 janji temu dalam satu percubaan di beberapa poliklinik terpilih dan Pusat Jantung Kebangsaan.

Kini ada rancangan untuk menggunakan sistem itu di semua poliklinik. Ia juga menjimatkan masa para Pegawai Khidmat Pesakit yang menawarkan khidmat barisan hadapan.

Sistem tersebut menjimatkan masa menunggu di kaunter.

Para pesakit boleh pulang selepas berjumpa doktor dan akan dimaklumkan tentang janji temu mereka menerusi SMS.

Sistem itu juga boleh menilai keadaan pesakit yang mengalami sakit dada dan mungkin tidak lama lagi diluaskan kepada mereka yang mengalami masalah mata dan gigi.

Sementara itu satu lagi inisiatif bertujuan menjadikan pengalaman pesakit luar lebih lancar.

Buat masa ini, percubaan itu membantu para pesakit kencing manis mengawal penyakit mereka dengan lebih baik, menerusi borang soal jawab, maklum balas dan video pendidikan.

Ia bakal dilanjutkan di Pusat Jantung Kebangsaan bulan depan.

Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli, yang bercakap di Kongres Pengurusan Jagaan Kesihatan pada Selasa (3 Ogos) berkata inisiatif tersebut mengurangkan beban kerja para petugas jagaan kesihatan.

Ini membantu membangunkan tenaga kerja yang lebih berdaya tahan di tengah-tengah batasan tenaga kerja.  

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan