Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sisa kopi ditukar jadi bahan tahan api

Sebuah pasukan dari Politeknik Nanyang (NYP) sudah menemui satu cara untuk menukar kopi yang dikisar menjadi bahan perencat api, yang mungkin dapat digunakan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan terhadap risiko kebakaran di rumah-rumah dan pejabat.

Anggaran Waktu Membaca:
Sisa kopi ditukar jadi bahan tahan api

Pasukan NYP sudah menemui cara untuk menukar sisa kopi menjadi bahan perencat api. (Gambar-Gambar: Alif Amsyar)

Diterbitkan : 15 Jan 2019 10:07AM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 10:26AM

SINGAPURA: Sebuah pasukan dari Politeknik Nanyang (NYP) sudah menemui satu cara untuk menukar kopi yang dikisar menjadi bahan perencat api, yang mungkin dapat digunakan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan terhadap risiko kebakaran di rumah-rumah dan pejabat.

Dengan merawat sisa kopi serta mencampurkannya dengan resin epoksi - iaitu sejenis bahan yang biasanya ditemui di lantai dan tembok di rumah-rumah - Dr Henry Leung dan pasukannya, yang terdiri daripada tiga pelajar tahun ketiga, berjaya memanfaatkan ciri-ciri kopi yang lambat bakar untuk menghasilkan sejenis bahan yang boleh tahan api sebanyak dua kali ganda berbanding resin epoksi biasa.

Dr Leung menarik perhatian bahawa epoksi biasa merupakan sejenis bahan tahan kimia dan yang berupaya bertahan lama. Meskipun ia mempunyai banyak kebaikan, namun ia tidak dapat bertahan lama terhadap api dan cepat menjadi cair.

Dengan resin epoksi yang dicampur dengan sisa kopi itu, ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum kebakaran merebak dan menurut Dr Leung, ia berpotensi dapat meningkatkan tahap keselamatan kebakaran di rumah dan pejabat dengan ketara.

Memandang ke hapadan, pasukan itu akan berusaha untuk terus meningatkan tahap keupayaan bahan berkenaan untuk menghentikan kebakaran, serta memperolehi sijil ISO dan mendaftar untuk mendapatkan paten di peringkat antarabangsa, kata Dr Leong.

Beliau menambah selain ciri-ciri tahan api, resin epoksi kopi itu juga berpotensi memberikan huraian sepenuhnya bagi mengurangkan jumlah sisa kopi.

Buat masa ini, proses mengisar sisa kopi untuk menjadikannya sebagai kompos memerlukan ruang penyimpanan yang besar. Proses membakar kompos juga memerlukan jumlah besar ruang dan tenaga.

Pada 2017, pasukan itu berjaya menghasilkan sejenis plastik biodegradasi daripada sisa kopi. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan