Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sisa buangan perubatan berbahaya naik lebih 2 kali ganda semasa 'circuit breaker'

Jumlah sisa buangan perubatan yang berbahaya seperti ujian-ujian swab naik lebih dua kali ganda semasa kemuncaknya semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Sisa buangan perubatan berbahaya naik lebih 2 kali ganda semasa 'circuit breaker'

(Gambar: Desmond Lee/Facebook)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 11:30PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 11:33PM

SINGAPURA: Jumlah sisa buangan perubatan yang berbahaya seperti ujian-ujian swab naik lebih dua kali ganda semasa kemuncaknya semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Perangkaan terkini Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menunjukkan jumlah itu kemudian turun perlahan-lahan ke paras yang 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Hospital, poliklinik dan makmal perubatan di Singapura lazimnya mengeluarkan sebanyak purata 10.3 tan sisa berbahaya setiap hari.

Jumlah itu bersamaan dengan berat empat buah kereta.

Untuk mengurangkan risiko penularan penyakit, para pekerja dari syarikat pengumpul sampah memakai alat pelindung untuk membawa tong-tong yang ditutup rapi ke loji-loji pelupusan sampah.

Sistem automasi digunakan bagi memunggah sampah-sampah itu ke dalam tempat membakarnya dalam masa 48 jam.

Loji-loji dan tong-tong sampah juga kerap dibersihkan dengan bahan pembasmi kuman.

Di tengah-tengah pandemik, sekurang-kurangnya satu daripada lima pengumpul sampah berlesen terpaksa mendapatkan lebih banyak sumber setelah jumlah purata sisa berbahaya setiap hari melonjak sebanyak 60 peratus pada Mac dan 150 peratus pada April berbanding tahun lalu.

Bahkan sebuah syarikat menambah tiga lagi pekerja barisan hadapannya yang berjumlah 40 orang.

Ini sebagai persiapan sekiranya berlaku gelombang baru COVID-19 semasa fasa kedua penarikan balik “circuit breaker”.

Namun buat masa ini, keadaannya sudah stabil.

Di Hospital Besar Singapura (SGH), jumlah sisa berbahaya yang dibuang pada Mei juga kembali ke paras biasa setelah meningkat seganda pada bulan April.

Ini selepas ia merubah cara pengendalian sisa berkaitan COVID-19 atas arahan Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini menurut SGH telah membantu meringankan tugas bagi kontraktor yang mengendalikan pembuangan sisa berbahaya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan