Images
  • sinovac
    Gambar fail: AFP

Sinovac bekalkan lagi 101,000 dos vaksin COVID-19 kepada S'pura

SINGAPURA: Sinovac akan membekalkan lagi 101,000 dos vaksinnya kepada Singapura, menurut syarikat itu hari ini (15 Sep).

"Mulai 24 Sep, vaksin-vaksin itu akan ditawarkan di empat klinik di bawah cabang utama jagaan kesihatan Livingstone Health iaitu Phoenix Medical serta Pusat Radiologi dan Pemeriksaan Kesihatan Ardennes," menurut Sinovac dalam satu kenyatan media, sambil menambah bahawa tempahan awal perlu dibuat dan ia boleh dilakukan mulai 17 September di klinik-klinik berkenaan.

Vaksin Sinovac COVID-19 juga akan disediakan di 13 lagi klinik jagaan utama, ia menambah.

Pada Jun, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa melalui Laluan Akses Khas, institusi jagaan kesihatan privet boleh membawa masuk vaksin-vaksin COVID-19 tidak berdaftar, seperti yang dihasilkan oleh Sinovac. Melalui laluan itu, para penyedia boleh memanfaatkan bekalan sedia ada MOH untuk memberikan vaksin dua dos Sinovac kepada rakyat Singapura, penduduk tetap Singapura dan mereka yang memegang pas jangka panjang.

"MOH mengumumkan pada Ogos bahawa bekalan (vaksin Sinovacnya) akan habis setelah memastikan bekalan mencukupi bagi mereka yang menerima dos kedua, dan ini akan memudahkan tempahan bagi lebih banyak dos oleh institusi jagaan kesihatan privet," menurut Sinovac.

"MOH sebelum ini mendapatkan 200,000 dos vaksin berkenaan, di mana 170,000 ditawarkan kepada orang awam di klinik-klinik jagaan utama di bawah rangka kerja Laluan Akses Khas."

Seorang jurucakap bagi Sinovac menambah bahawa penghantaran 101,000 dos itu menggambarkan "hubungan kerja rapat yang dijalinkan dengan pihak berkepentingan di negara ini"

Mediacorp sudah pun menghubungi MOH dan Penguasa Sains Kesihatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Klinik-klinik di mana dos tambahan vaksin COVID-19 Sinovac akan ditawarkan adalah seperti berikut:


- CNA/HA/ha

Top