Images
  • esukan

Singtel taja pasukan esukan negara di Sukan SEA

SINGAPURA: Atlit-atlit esukan terunggul Singapura menerima suntikan semangat menjelang Sukan SEA pertama sukan tersebut pada Disember.

Singtel mengumumkan hari ini (13 Mac) tajaannya bagi pasukan esukan itu sedang ia membuat persediaan bagi penyertaan pertamanya dalam Sukan tersebut di Filipina.

Tajaan itu termasuk latihan dan dana pertandingan, elaun atlit serta biasiswa.

Di majlis pelancaran hari ini, Singtel turut melantik tiga duta jenama baru bagi cabang esukan, PVP.

Dua liga amatur baru - menyasarkan para penuntut pengajian tinggi dan karyawan - juga diumumkan.

Menteri Negara Kanan Pendidikan Chee Hong Tat berkata, ekonomi negara boleh memanfaatkan perkembangan sukan itu.

- CNA/NA/na

Top