Images
  • singtel
    (Gambar fail: Reuters)

Singtel peruntukkan S$45 juta tingkatkan kemahiran digital pekerjanya

SINGAPURA: Singtel memperuntukkan S$45 juta untuk meningkatkan kemahiran digital para pekerjanya buat tiga tahun mendatang.

Ia menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Kesatuan Sekerja Telekom Singapura untuk membentuk Jawatankuasa Latihan Syarikat yang akan melaksanakan inisiatif tersebut.

12,600 pekerja akan meraih manfaat daripada rancangan tersebut yang juga termasuk program-program menggalak pembelajaran berterusan untuk kerjaya yang lebih panjang.

Acara menandatangani MOU tersebut diadakan di Singtel@8George, sebuah kemudahan pembelajaran dan inovasi bagi pekerja.

Ruang pelbagai guna setinggi empat tingkat itu akan menempatkan aktiviti-aktiviti seperti latihan serta hackathon. 

- CNA/NF/na

Top