Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost minta maaf atas khidmat kurang baik

SingPost semalam (14 Jan) meminta maaf kepada para pelanggan atas 'tahap perkhidmatannya yang semakin merosot' sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jan 2019 11:40AM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 09:13PM

SINGAPURA: SingPost semalam (14 Jan) meminta maaf kepada para pelanggan atas 'tahap perkhidmatannya yang semakin merosot' sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Syarikat itu merujuk kepada tempoh antara November hingga Disember 'yang amat sibuk' sebagai punca di sebalik mutu perkhidmatannya yang kurang baik.

"Memang wajar untuk mengatakan bahawa kami gagal memenuhi jangkaan para pelanggan sejak kebelakangan ini," menurut SingPost menerusi kenyataan di laman web dan Facebooknya.

Menjelaskan mengenai punca mengapa tahap perkhidmatannya semakin merosot, SingPost menyatakan ia menghantar purata 3 juta kiriman pos setiap hari.

Namun, peningkatan pada jumlah bungkusan sepanjang November hingga Disember lalu meletakkan lebih banyak tekanan terhadap perkhidmatannya.

"Semua posmen dan kakitangan penghantaran juga perlu bertugas menjangkaui waktu kerja biasa bagi membantu memproseskan dan menyokong peningkatan pada jumlah bungkusan tersebut."

SingPost menyatakan bahawa untuk memenuhi permintaan, ia menggajikan lebih banyak sumber, memanggil semula kakitangan untuk bertugas dan 'mengaktifkan pasukan-pasukan' daripada pejabat korporat pada hari-hari Sabtu.

Sungguhpun demikian, mutu perkhidmatannya tetap terjejas.

SingPost meminta maaf kepada para pelanggan selepas ia menerima jumlah besar aduan menerusi media sosial. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan