Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost lancar setem peringati Sukan Olimpik Tokyo

Singapore Post (SingPost) akan mengeluarkan satu set setem bagi memperingati Sukan Olimpik Tokyo pada Jumaat (23 Jul) iaitu hari perasmian temasya sukan itu di ibu kota Jepun tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2021 03:23PM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 10:05PM

SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) akan mengeluarkan satu set setem bagi memperingati Sukan Olimpik Tokyo pada Jumaat (23 Jul) iaitu hari perasmian temasya sukan itu di ibu kota Jepun tersebut.

“Set enam setem memaparkan beberapa sukan yang bakal disertai para atlit Singapura dalam Sukan Olimpik akan datang," menurut SingPost dalam kenyataan medianya pada Rabu (21 Jul).

“Ia termasuk renang, sukan menembak, sukan layar, terjun cantik, badminton dan tenis meja."

Setem-setem itu berharga antara S$0.30 dan S$1.40. Ia boleh dibeli mulai Jumaat ini di semua pejabat pos dan kedai filatelik serta melalui kedai online SingPost.

Sampul Hari Pertama dengan setem dijual pada harga S$6.30 dan Pek Persembahan juga ditawarkan pada S$7.35.

Semua setem itu boleh ditempah awal melalui kedai online SingPost.

Kesemuanya, 23 atlit akan mewakili Singapura dalam 12 acara sukan di Tokyo iaitu jumlah acara tertinggi yang pernah ditandingi Singapura di Sukan Olimpik.

Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos selepas ditunda tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp, akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan