Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost lancar setem istimewa peringati Dwiabad S'pura

Singapore Post (SingPost) pada Sabtu (22 Jun) melancarkan set setem istimewa bagi memperingati Dwiabad Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2019 06:43PM Dikemas Kini : 23 Jun 2019 12:37AM

SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) pada Sabtu (22 Jun) melancarkan set setem istimewa bagi memperingati Dwiabad Singapura.

Set merangkumi 10 keping setem itu mencatat peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah negara ini, malah sebelum 1819, iaitu tahun Sir Stamford Raffles tiba di Singapura.

"Set setem itu memaparkan sejarah Singapura yang kaya dan pelbagai, menjejak kisah Singapura dari sebuah pertempatan hingga menjadi negara merdeka," menurut SingPost dalam kenyataan medianya.

"10 stem itu menggambarkan peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan Singapura selama 700 tahun, dengan menunjukkan mengapa sejarah awal Singapura sebelum 1819 juga kritikal bagi kejayaan Singapura hari ini."

Stem-stem itu menceritakan "kisah bergambar" yang bermula dengan penubuhan Kerajaan Singapura oleh Sang Nila Utama pada kurun ke-13, disusuli dengan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Singapura termasuk ketibaan Britain di Singapura, Perang Dunia Kedua dan ketika Singapura menjadi merdeka pada 1965.

Set itu kemudian menggambarkan "Singapura yang makmur hari ini", sebelum berakhir dengan wawasan masa depan negara.

Stem-stem kenangan itu direka oleh juruanimasi dan pelukis ilustrasi Lim An-Ling.

Rakyat Singapura itu mendapat ilham dari pameran diorama dan karya yang terdapat pada setem-setem itu merangkumi model-model tanah liat yang digabungkan dengan ilustrasi digital - buat julung-julung kalinya dihasilkan bagi mana-mana keluaran setem, menurut SingPost.

"Memandangkan SingPost sudah wujud lebih 160 tahun, ia adalah salah satu institusi perintis yang membentuk sebahagian daripada sejarah Singapura sepanjang 200 tahun yang lalu, dari sebuah pertempatan hingga menjadi negara yang gemilang hari ini," kata Encik Vincent Phang, Ketua Pegawai Eksekutif SingPost bagi khidmat pos dan operasi Singapura.

Setem-setem itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan Encik Phang di sebuah pameran bergerak Dwiabad Singapura di Hab Tampines Kita.

BAGAIMANA UNTUK MEMBELI SETEM DWIABAD

Setem-setem peringatan itu mula dijual hari ini (22 Jun) pada harga antara S$0.30 hingga S$1.30 setiap keping di semua pejabat pos, Philatelic Store @ GPO dan secara online menerusi laman web shop.singpost.com.

Ia juga boleh didapatkan di pameran bergerak di Hab Tampines Kita (OTH) sehingga 30 Jun.

Selain setem biasa, koleksi khas setem tersebut (S$16.80), setem-setem prabatal (S$8.25) dan set pameran (S$9.30) juga dijual.

Para pengumpul setem yang mengunjungi acara di OTH boleh juga mendapatkan koleksi dwiabad eksklusif dan juga cap tarikh bertema setiap hari, dengan jumlah sembilan cap tarikh yang boleh dikumpul sepanjang tempoh pameran bergerak itu.

Setem-setem itu merupakan tanda peringatan terbaru yang dilancarkan baru-baru ini untuk memperingati dwiabad Singapura.

Awal bulan ini, Presiden Halimah Yacob melancarkan wang kertas $20 yang menggambarkan perjalanan Singapura menuju ke arah kemerdekaan.

Wang kertas itu menjadi rebutan orang ramai mendorong Penguasa Kewangan Singapura untuk mengeluarkan dua juta lagi wang kertas dan pelipat peringatan untuk memenuhi permintaan awam.

Pada Mac, Singapore Mint mendedahkan barangan koleksi bertemakan Dwiabad, termasuk pingat dan replika wang kertas. 

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan