Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost lancar setem beri penghormatan kepada pekerja barisan hadapan COVID-19

Satu set setem yang memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 di Singapura boleh didapati mulai Jumaat (6 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Aug 2021 03:00PM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 09:26PM

SINGAPURA: Satu set setem yang memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 di Singapura boleh didapati mulai Jumaat (6 Ogos).

Set yang mengandungi 10 setem itu memaparkan doktor, jururawat, tukang swab, guru, pemandu bas, posmen, pekerja penghantaran makanan, pekerja pembersihan, penjaja dan kakitangan pasar raya.

"Dalam meraikan kemerdekaan Singapura yang ke-56, setem-setem ini mengiktiraf pelbagai kumpulan pekerja barisan hadapan yang tidak berputus asa untuk berkhidmat kepada Singapura pada tahun lalu walapun berdepan dengan cabaran yang belum pernah mereka hadapi," menurut Singapore Post (SingPost) dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Setiap set setem itu juga termasuk salinan mini yang memaparkan montaj pekerja barisan hadapan tersebut.

Sampul pek cenderahati itu akan memaparkan lebih banyak kumpulan pekerja barisan hadapan termasuk pegawai imigresen, pekerja binaan dan kakitangan hospitaliti.

Setem itu, berharga antara S$0.30 hingga S$1.40 setiap satu, boleh didapatkan di semua pejabat pos, Kedai Filatelik dan secara online selagi stok masih ada, menurut SingPost.

Pek Cenderahati (S$11.55), Kertas Mini (S$2) dan Sampul Hari Pertama (S$8.35 dengan setem, S$3.40 dengan kertas mini) juga disediakan.

Menurut laman SingPost, tempahan awal dibuka bagi setem 'COVID-19 Series II - A Tribute to Frontline Heroes'. Tempahan awal akan diproses pada tarikh pengeluarannya. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan