Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost lancar koleksi setem amal rekaan pelajar MINDS

Sebagai memperingati Hari Berbudi Dunia, SingPost melancarkan penjualan setem amal.

Anggaran Waktu Membaca:
SingPost lancar koleksi setem amal rekaan pelajar MINDS

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 13 Nov 2020 09:09PM Dikemas Kini : 13 Nov 2020 09:11PM

SINGAPURA: Sebagai memperingati Hari Berbudi Dunia, SingPost melancarkan penjualan setem amal.

Ia direka oleh empat pelajar kurang upaya dari pertubuhan sukarela MINDS.

Selain mendapat pengiktirafan, setiap pelajar juga menerima hadiah wang S$1,000.

Hasil kutipan dari jualan setem tersebut akan dipadankan oleh SingPost dan jumlah keseluruhannya akan didermakan kepada Dana Masyarakat, sebagai sokongan untuk MINDS.

Koleksi setem tersebut dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob pada Jumaat (13 Nov).

Semua surat perayaan dari Istana akan menggunakan setem tersebut sebagai tanda sokongan. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan