Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost didenda S$100,000 kerana gagal penuhi piawai hantar surat

Singapore Post (SingPost) didenda S$100,000 kerana tidak memenuhi piawai perkhidmatan bagi penghantaran surat tempatan dan surat berdaftar pada 2017, menurut Penguasa Pembangunan Media dan Infokom (IMDA) pada Khamis (7 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
SingPost didenda S$100,000 kerana gagal penuhi piawai hantar surat

(Gambar: Francine Lim)

Diterbitkan : 07 Feb 2019 09:54PM Dikemas Kini : 07 Feb 2019 09:58PM

SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) didenda S$100,000 kerana tidak memenuhi piawai perkhidmatan bagi penghantaran surat tempatan dan surat berdaftar pada 2017, menurut Penguasa Pembangunan Media dan Infokom (IMDA) pada Khamis (7 Feb).

Menurut piawai IMDA, SingPost dikehendaki menghantar 99 peratus surat tempatan ke alamat dalam Kawasan Pusat Bandar dan 98 peratus surat tempatan ke alamat luar CBD pada hari kerja keesokannya. IMDA menyatakan SingPost gagal memenuhi syarat itu pada Mei 2017.

Pihak penguasa itu menambah SingPost juga gagal memenuhi syarat menghantar semua surat asas tempatan pada hari kedua bekerja pada Januari, April, Mei, Oktober dan November 2017.

SingPost turut gagal memenuhi keperluan piawai sama bagi surat berdaftar pada Januari, September dan November 2017, menurut IMDA lagi.

"Mengambil kira semua faktor, IMDA mengenakan penalti kewangan sebanyak S$100,000 ke atas SingPost bagi sembilan insiden tidak mematuhi piawai QoS IMDA dalam tempoh Januari hingga Disember 2017," menurut IMDA.

IMDA menambah ia sedang menilai standard khidmat SingPost pada 2018 dan menyiasat insiden yang dilaporkan bulan lalu berhubung seorang posmen membuang surat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan