Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost cuba peti surat bijak PostPal

Para penduduk tidak lama lagi boleh menerima notifikasi di telefon bijak mereka apabila mereka menerima kiriman surat atau pakej yang dimasukkan ke dalam peti surat flat HDB mereka. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2020 08:11PM Dikemas Kini : 03 Dec 2020 09:54PM

SINGAPURA: Para penduduk tidak lama lagi boleh menerima notifikasi di telefon bijak mereka apabila mereka menerima kiriman surat atau pakej yang dimasukkan ke dalam peti surat flat HDB mereka.

Mereka juga boleh memeriksa jumlah kiriman yang diterima menerusi sebuah aplikasi telefon bijak.

SingPost melancarkan percubaan peti surat bijak dipanggil PostPal sebagai sebahagian usaha merombak khidmat pos tempatan.

Percubaan selama setahun itu akan dimulakan di bahagian barat Singapura bermula pertengahan bulan ini.

Jika berjaya, SingPost merancang meluaskan khidmat tersebut ke kawasan-kawasan lain.

Para penduduk Blok 202 Clementi Avenue 6 akan menjadi yang pertama mencuba khidmat peti surat berteknologi tinggi ini.

Menurut SingPost, para penduduk boleh memilih untuk menyertai percubaan tersebut atau terus menggunakan peti surat sedia ada.

Setiap kiriman pos dilengkapi kod QR yang mengandungi maklumat si penerima.

Ia akan dihantar ke peti surat bijak seperti itu dan tidak seperti lazimnya,
sebuah mesin dan bukan posmen yang akan mengasingkan kiriman mengikut nombor unit rumah si penerima.

Si penerima kemudian akan menerima notifikasi di telefon bimbit mereka selepas kiriman telah dibuat.

Tiada ruang tertentu untuk setiap unit flat dan ia dikongsi di kalangan para penduduk.

Langkah-langkah akan diambil untuk memastikan para pengguna sering mengambil kiriman pos.

Ini bagi memastikan terdapat ruang simpanan yang mencukupi untuk semua penduduk. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan