Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingHealth terima derma S$40 juta bagi kajian perubatan dan pendidikan

SingHealth, kelompok jagaan kesihatan terbesar di Singapura, menerima derma $40 juta bagi kajian perubatan dan pendidikan hari ini (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2019 07:27PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 11:01PM

SINGAPURA: SingHealth, kelompok jagaan kesihatan terbesar di Singapura, menerima derma $40 juta bagi kajian perubatan dan pendidikan hari ini (18 Jun).

Sumbangan itu diterima daripada Ngee Ann Development, iaitu derma terbesar oleh anak syarikat Ngee Ann Kongsi sejauh ini dan yang pertama bagi tujuan jagaan kesihatan.

'Hadiah' tersebut juga sebagai memperingati ulang tahun ke-30 syarikat itu.

Wang derma itu yang akan diuruskan oleh Dana SingHealth bakal digunakan untuk penyelidikan dalam bidang-bidang seperti penuaan dan kesihatan penduduk. Ini khususnya dalam penggunaan kecerdasan buatan, serta perubatan jitu bagi jagaan kesihatan.

Dana tersebut juga bertujuan untuk membantu para penyelidik mempelajari sejumlah jenis penyakit dan keadaan kesihatan dalam usaha mencari pilihan rawatan dan jagaan pesakit yang lebih baik.

Sejumlah dana akan diperuntukkan untuk menyokong inisiatif-inisiatif pendidikan perubatan, termasuk persidangan dan seminar-seminar bagi karyawan jagaan kesihatan. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan