Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingHealth kesan data-data diceroboh dan disalin antara 27 Jun dan 4 Julai

Rekod pesakit dalam sistem IT SingHealth kekal utuh dan khidmat jagaan kesihatan tidak terganggu semasa tempoh serangan siber.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2018 06:41PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 09:13PM

SINGAPURA: Pencerobohan pertama berlaku menerusi sebuah komputer di mana perisian hasad dimasukkan. Pihak penggodam kemudian menghapuskan jejaknya.

Para penggodam kemudian mula mengakses serta menyalin maklumat dari pangkalan data, pada 27 Jun.

Bagaimanapun, rekod pesakit tidak dikacau, diubah ataupun dihapuskan. Selain itu, tidak terdapat gangguan pada rekod para pesakit yang lain, seperti diagnosis, keputusan ujian atau nota doktor.

Pada 4 Julai, pihak pentadbir mengesan kegiatan luar biasa di sebuah pangkalan data SingHealth dan mereka bertindak segera bagi menghentikan kegiatan itu.

Langkah-langkah keselamatan siber tambahan dilaksanakan, manakala Sistem-Sistem Maklumat Bersepadu Kesihatan, IHiS, menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kegiatan luar biasa tersebut.

Para 10 Julai, siasatan mengesahkan bahawa ia adalah satu serangan siber dan Kementerian Kesihatan (MOH), SingHealth dan Agensi Keselamatan Siber dimaklumkan tentang perkara berkenaan.

SingHealth juga mendapati data diakses dan disalin secara haram dari 27 Jun hingga 4 Julai.

Pada 12 Julai, SingHealth membuat laporan polis dan siasatan masih dijalankan.

Pemantauan lebih ketat mengesan lebih banyak kegiatan pemcerobahan hasad dijalankan, namun tidak ada akses secara haram dikesan sejak 4 Julai.

SingHelath memberi jaminan, semua rekod para pesakit dalam sistem IT kekal utuh dan tidak terdapat sebarang gangguan terhadap khidmat jagaan kesihatan semasa berlakunya serangan siber itu.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan