Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingHealth bantu perbaiki respons kecemasan di Nepal

Nepal sedang giat menyelaraskan perkhidmatan ambulan negara itu dengan lebih baik. Ia menyusuli langkah sebuah pasukan perubatan Singapura membantu memperbaiki respons kecemasan di negara Himalaya itu yang sering dilanda bencana alam.

Anggaran Waktu Membaca:
SingHealth bantu perbaiki respons kecemasan di Nepal

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 09 Nov 2019 08:06PM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 08:12PM

SINGAPURA: Nepal sedang giat menyelaraskan perkhidmatan ambulan negara itu dengan lebih baik.

Ia menyusuli langkah sebuah pasukan perubatan Singapura membantu memperbaiki respons kecemasan di negara Himalaya itu yang sering dilanda bencana alam.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, sebuah kumpulan perubatan dari SingHealth melatih lebih daripada 700 karyawan perubatan Nepal dalam pemulihan selepas bencana.

Ini dilakukan setelah Nepal dilanda banjir, tanah runtuh dan gempa bumi sejak beberapa tahun lalu. Antaranya, gempa bumi sekuat 7.8 skala Richter dalam tahun 2015.

Gempa itu amat menguji keupayaan Nepal dalam menangani keadaan kecemasan yang besar.

Sejak tahun 2017, kerajaan Nepal bekerjasama dengan kumpulan jagaan kesihatan Singapura, SingHealth untuk meningkatkan keupayaan dalam proses pemulihan selepas bencana di negara itu.

Program tiga tahun itu yang bernilai $600,000 dibiayai Yayasan Temasek.

Dalam tempoh itu, sebuah kumpulan perubatan Singapura melakukan tiga lawatan ke Nepal setiap tahun untuk mengendalikan latihan klinikal bagi para kakitangan perubatan negara itu.

20 jurulatih dari Nepal pula juga datang ke Singapura untuk melanjutkan latihan mereka.

Pasukan SingHealth dalam pada itu membantu membangunkan sistem dan protokol respons bencana.

Ia termasuk menyelaras kerjasama bagi para kakitangan dari hospital-hospital yang berlainan dan menyalurkan maklumat dari kawasan bencana kepada pihak berkuasa.

Sistem itu diuji dalam satu latihan simulasi bencana yang diadakan di Biratnagar di mana salah satu pusat operasi kecemasan wilayah akan ditempatkan.

Ketua pasukan SingHealth, Profesor Venkataraman Anantharaman berkata proses saringan dan klasifikasi kes semasa kecemasan atau "triage" merupakan salah satu kelemahan utama yang dikenal pasti semasa program tiga tahun itu.

Satu lagi kelemahan utamanya adalah kurang penyelarasan pusat khidmat ambulans.

SingHealth merujukkan isu itu kepada kerajaan Nepal dan ia menubuhkan sebuah kumpulan kerja bagi meninjau pilihan-pilihannya. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan