Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingHealth akan hubungi pesakit dalam 5 hari akan datang

SingHealth, secara berperingkat-peringkat akan menghubungi semua pesakit yang pernah melawat klinik-kliniknya antara 1 Mei 2015 hingga 4 Julai 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
SingHealth akan hubungi pesakit dalam 5 hari akan datang

(Gambar: Gwyneth Teo)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 05:22PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 06:26PM

SINGAPURA: Mulai hari ini kumpulan jagaan kesihatan SingHealth, secara berperingkat-peringkat akan menghubungi semua pesakit yang pernah melawat klinik-kliniknya antara 1 Mei 2015 hingga 4 Julai 2018, untuk memberitahu sekiranya maklumat peribadi mereka telah dicerobohi dan disalin.

Semua pesakit juga bakal menerima pesanan ringkas SMS dalam masa lima hari akan datang, tidak kira sama ada data mereka dicerobohi atau tidak .

Kementerian Kesihatan telah mengarahkan agensi IT, Integrated Health Information Systems, untuk melakukan semakan menyeluruh terhadap sistem jagaan kesihatan.

Kerja-kerja semakan itu akan dibantu oleh para pakar pihak ketiga bagi meningkatkan langkah-langkah pencegahan, pengesanan dan respons.

Notis nasihat telah dihantar kepada semua institusi kesihatan awam dan swasta mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu dilaksanakan pihak masing-masing. 

Sumber : CNA/SU/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan