Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura saran terus gantung penubuhan kawasan larangan Pasir Gudang, prosedur pendaratan Lapangan Terbang Seletar

Singapura menyarankan supaya penggantungan langkah Malaysia untuk menubuhkan kawasan larangan di Pasir Gudang dan prosedur Sistem Pendaratan Alatan (ILS) di Lapangan Terbang Seletar dilanjutkan, menurut Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan pada Rabu (23 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2019 05:49PM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 09:42PM

SINGAPURA: Singapura menyarankan supaya penggantungan langkah Malaysia untuk menubuhkan kawasan larangan di Pasir Gudang dan prosedur Sistem Pendaratan Alatan (ILS) di Lapangan Terbang Seletar dilanjutkan, menurut Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan pada Rabu (23 Jan).

Menulis di laman Facebooknya hari ini, Encik Khaw berkata beliau sudah mengadakan rundingan "dari hati ke hati" bersama rakan sejawatannya dari Malaysia Anthony Loke, di Singapura.

"Saya menyarankan agar kita melanjutkan tempoh penggantungan berhubung Kawasan Larangan Malaysia di Pasir Gudang dan prosedur Sistem Pendaratan Alatan oleh Singapura di Lapangan Terbang Seletar, untuk memberi para pegawai lebih banyak masa untuk berbincang bagi mencapai huraian yang saling menguntungkan," kata Encik Khaw.

"Beliau akan menyampaikan saranan saya kepada rakan-rakan Kabinetnya."

Ini merupakan kali ketiga kedua-dua menteri itu mengadakan pertemuan, kata Encik Khaw selepas pertemuan di Putrajaya dan Bangkok tahun lalu.

"Saya dan Menteri Loke akan bertemu lagi selepas Tahun Baru Cina untuk menyambung rundingan ruang udara," tambah beliau.

Singapura dan Malaysia terlibat dalam pertikaian berhubung prosedur ILS bagi Lapangan Terbang Seletar, yang didakwa Malaysia akan menghambat pembinaan bangunan tinggi di kawasan Pasir Gudang, yang terletak di bahagian utara lapangan terbang itu. Singapura menyangkal dakwaan ini.

Satu lagi pertikaian adalah berhubung isu perairan, yang tercetus apabila Malaysia secara sehala memutuskan untuk meluaskan had pelabuhan Johor Bahru pada Oktober serta pencerobohan kapal-kapal kerajaan Malaysia ke dalam perairan Singapura.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan