Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura sambut baik gencatan senjata Israel-Hamas

Singapura juga menggesa semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya gencatan senjata.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2021 07:06PM Dikemas Kini : 21 May 2021 10:51PM

SINGAPURA: Singapura menyambut baik gencatan senjata yang dipersetujui Israel dan Hamas hari ini (21 Mei) dan akan mendermakan AS$100,000 (S$133,005) bagi usaha-usaha kemanusiaan di Gaza.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menerusi kenyataan medianya hari ini.

Singapura juga menggesa semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya gencatan senjata bagi "memutuskan lingkaran keganasan dan mencegah kehilangan jiwa dalam kalangan orang awam", menurut MFA.

"Kami mengucapkan takziah yang mendalam kepada mereka yang kehilangan insan tersayang di kedua-dua pihak dan mengharapkan agar mereka yang cedera sembuh sepenuhnya," tambah kementerian itu.

Pemerintah juga akan mendermakan AS$100,000 kepada Persatuan Palang Merah Singapura untuk melancarkan usaha mengumpul dana daripada masyarakat untuk segera menyediakan bekalan-bekalan bantuan.

"Kami menggesa semua pihak relevan supaya membantu agar bantuan segera diberikan kepada orang awam yang terjejas," menurut MFA.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan