Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura mesti bersedia hadapi kesan perang dagangan AS-China: Chan Chun Sing

Singapura perlu bersedia menghadapi kesan buruk perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Selasa (14 Mei) di tengah-tengah ketegangan memuncak antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura mesti bersedia hadapi kesan perang dagangan AS-China: Chan Chun Sing

Sebuah pelabuhan di China (Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 15 May 2019 08:33AM Dikemas Kini : 15 May 2019 08:37AM

SINGAPURA: Singapura perlu bersedia menghadapi kesan buruk perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Selasa (14 Mei) di tengah-tengah ketegangan memuncak antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Encik Chan menambah, perang perdagangan yang beliau sifatkan sebagai "serius" itu membayangkan ketegangan lebih mendalam antara Washington dengan Beijing dan cabaran domestik kedua-dua ekonomi itu.

"Ramai di Amerika Syarikat, di dalam dan luar pentadbiran, Republikan mahupun Demokrat, melihat China sebagai pesaing strategik. Beberapa pihak di China berpendapat Amerika Syarikat mungkin sedang cuba menyekat pertumbuhan China," tulis Encik Chan dalam satu catatan Facebook.

Beliau memberi amaran meskipun ada perniagaan yang mungkin meraih manfaat daripada gangguan perdagangan dalam jangka masa terdekat, ketegangan yang semakin buruk akan menjejas perniagaan sejagat dan keyakinan pengguna kerana banyak negara bergantung kepada sistem global yang berasaskan kestabilan perhubungan antara Amerika Syarikat dengan China.

"Singapura tidak terlindung daripada semua kesan buruk ini. Kami perlu mengikuti secara teliti perkembangan ini dan bersedia menghadapi cabaran yang akan muncul," kata beliau.

Encik Chan menekankan, adalah penting bagi Singapura memperkukuhkan asasnya dengan memastikan sekitaran perniagaan dan kemahiran pekerja kekal berdaya saing meskipun terdapat gangguan.

Singapura boleh menjadi "pelabuhan selamat" bagi data, kewangan, bakat dan teknologi dan sebuah hab dipercayai bagi peraturan progresif.

GLOBALISME HADAPI TEKANAN

Ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China memuncak pada Isnin apabila Beijing mengumumkan akan menaikkan tarif ke atas barangan eksport Amerika Syarikat bernilai AS$60 bilion (S$82 bilion) sebagai tindak balas terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk menaikkan cukai ke atas barangan China bernilai ratusan bilion dolar.

Encik Chan pada Selasa berkata dunia berada di ambang perubahan sedang sekitaran geopolitik antarabangsa menghadapi tekanan.

Dalam pada itu, ekonomi dunia perlu lebih bersepadu bagi memacu gelombang seterusnya.

"Kami perlu mengukuhkan sistem berasaskan undang-undang yang sedia ada bagi menyediakan asas kukuh bagi ekonomi sejagat masa depan," kata beliau.

Lantaran itu menurut Encik Chan dalam catatannya, Singapura mesti bekerjasama dengan negara-negara yang berkongsi nilai yang sama demi menyokong sistem perdagangan global.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan