Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura mempergiat persiapan teknologi 5G

Singapura sedang giat membuat persiapan bagi pelancaran teknologi 5G di negara ini tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura mempergiat persiapan teknologi 5G

(Gambar: AFP/Josep Lago)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 02:28PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 02:30PM

SINGAPURA: Singapura sedang giat membuat persiapan bagi pelancaran teknologi 5G di negara ini tahun depan.

Dengan kelajuan data lebih tinggi dan keupayaan jaringan lebih meluas, teknologi 5G membawa kesan positif kepada kegiatan harian para penggunanya.

Beberapa pakar yang ditemui Mediacorp berpendapat teknologi 5G merupakan satu evolusi yang membawa perubahan kepada pelbagai bidang seperti sains, perniagaan, dasar dan pemikiran.

Dengan adanya 5G, teknologi seperti penggunaan dron dan kenderaan tanpa pemandu dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.

Namun, jumlah data dan maklumat yang besar itu membawa ancaman kepada keselamatan siber.

Selain memastikan keselamatan siber, satu rangka kerja kawal selia dan dasar-dasar juga perlu dibangunkan bagi memastikan setiap proses berjalan lancar.

Satu gerakan untuk mendapatkan pandangan awam telah dimulakan dua tahun lalu.

Sesi seterusnya kini dalam perbincangan dan pihak Mediacorp diberitahu ia akan dijalankan dalam masa beberapa minggu lagi.

Satu lagi isu yang perlu dihuraikan adalah soal pembangunan prasarana yang dapat menyokong teknologi 5G.

Menurut seorang pakar, pertimbangan perlu dibuat sama ada prasarana itu akan dibangunkan oleh pemerintah atau para pengendali khidmat 5G.

Dalam pada itu, keprihatinan keselamatan melibatkan syarikat teknologi China, Huawei baru-baru ini dijangka mempengaruhi keputusan Singapura untuk bergantung pada hanya satu atau beberapa pengendali khidmat teknologi itu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan