Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura-Malaysia harap perjalanan rentas sempadan dapat dibuka semula

Menerusi catatannya di Facebook, Encik Iswaran berkata beliau telah membuat panggilan video dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Dr Wee Ka Siong pada Jumaat (11 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura-Malaysia harap perjalanan rentas sempadan dapat dibuka semula

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 04:16PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 04:18PM

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia berharap perjalanan rentas sempadan dapat dibuka semula apabila keadaan COVID-19 di kedua-dua negara bertambah baik, kata Menteri Pengangkutan S. Iswaran.

Menerusi catatannya di Facebook, Encik Iswaran berkata beliau telah membuat panggilan video dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Dr Wee Ka Siong pada Jumaat (11 Jun).

"Kami berbincang pelbagai isu mengenai kerjasama Malaysia dan Singapura. Kedua-dua pihak akan terus melabur pada masa depan," tulisnya.

Encik Iswaran sebelum ini menerajui Kementerian Perhubungan dan Penerangan, kemudian dilantik menjadi Menteri Pengangkutan berkuat kuasa 15 Mei lalu.

"Datuk Seri dan saya bersama-sama sepakat mengenai pentingnya meneruskan kerja-kerja untuk Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura, yang akan memperkukuh lagi hubungan apabila perjalanan rentas sempadan disambung semula.

"Kami juga setuju untuk meneruskan kerjasama erat di platform antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa, terutama mengenai isu transnasional jangka panjang seperti perubahan iklim dan pengangkutan mampan," tulisnya lagi. 

Encik Iswaran berkata kedua-dua pihak akan terus berhubung dan bekerjasama rapat untuk manfaat kedua-dua negara.

Menerusi catatan yang sama beliau turut mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya: "Masa kanak-kanak dulu, setiap kali keluarga saya pergi ke Pulau Pinang, saya akan singgah di Ayer Hitam - kawasan Datuk Seri.

"Beliau mempelawa saya untuk mengunjungi Ayer Hitam lagi untuk menikmati keenakan kopi dan durian Musang King apabila keadaan COVID-19 bertambah baik. Tak sabar untuk memenuhi undangan beliau!". 

Sumber : Bernama/SU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan