Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura kerah helikopter Chinook bantu padam kebakaran belukar Australia

Singapura akan mengerahkan dua helikopter Chinook untuk membantu Australia menangani krisis kebakaran belukar yang besar di negara itu, Perdana Menteri Scott Morrison pada Isnin (6 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura kerah helikopter Chinook bantu padam kebakaran belukar Australia

Kebakaran belukar di Bairnsdale, Victoria, Australia pada 30 Dis 2019. (Gambar: Glen Morey/Reuters)

Diterbitkan : 06 Jan 2020 09:55PM Dikemas Kini : 06 Jan 2020 09:58PM

SINGAPURA: Singapura akan mengerahkan dua helikopter Chinook untuk membantu Australia menangani krisis kebakaran belukar yang besar di negara itu, Perdana Menteri Scott Morrison pada Isnin (6 Jan).

Dalam satu sidang akhbar, Encik Morrison mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan berkata helikopter-helikopter tersebut akan menuju ke sebuah pangkalan udara di Victoria.

"Dua Chinook Singapura sedang siap sedia untuk dikerahkan dari utara Australia ke East Sale - yang merupakan tempat permulaan operasi di Victoria," kata beliau semasa memaklumkan tentang perkembangan terbaru kebakaran di negara itu.

Hampir lima juta hektar tanah musnah dijilat api di merata New South Wales di Victoria pula sebesar 1.2 juta hektar sejak lewat September, menurut para pegawai Australia.

Kesemuanya hampir 8 juta hektar tanah terbakar - hampir sama dengan saiz Ireland.

Setakat ini 25 orang maut dan ribuan rumah musnah. Sekitar 67,000 orang melarikan diri atau dipindahkan dari kawasan-kawasan terbakar di Victoria.

Australia juga turut menerima tawaran bantuan dari negara-negara lain.

"Tiga helikopter dan sebuah syarikat kejuruteraan dari New Zealand akan tiba dari Richmond dan kemudian dikerahkan ke kawasan pantai selatan," kata Encik Morrision pada Isnin sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern atas bantuan itu.

Encik Morrison menambah beliau juga sudah bercakap dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron pada malam sebelumnya.

Encik Macron menyampaikan salam takziah dan menawarkan bantuan untuk menangani kebakaran belukar, yang termasuk bantuan memadam api dan sokongan kejuruteraan dan sekitaran, kata Encik morrison.

Seramai 41 anggota bomba dari Amerika Syarikat kini di Victoria dengan lagi 70 dari Kanada dan Amerika Syarikat dijangka turut serta pada 8 Januari, menurut pihak berkuasa kebakaran Victoria di Twitter.

Dalam satu langkah kerahan terbesar pernah dilakukan, pasukan-pasukan tentera dikerahkan merata timur Australia untuk membantu khidmat kecemasan menilai kerosakan, mengembalikan bekalan kuasa dan menghantar bekalan makanan, air dan bahan bakar ke masyarakat-masyarakat terkepung.

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah Australia kerajaan juga mengerahkan pasukan bantuan perubatannya - yang selalunya dikerahkan ke negara-negara lain bagi bantuan pasca bencana - untuk membantu mangsa yang dipindahkan.

Sumber : Agensi berita/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan