Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura, Hong Kong akan semak aturan perjalanan udara apabila keadaan COVID-19 cukup selamat

Rundingan mengenai aturan khas perjalanan udara Singapura-Hong Kong akan disambung hanya apabila keadaan COVID-19 bertambah baik, menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) pada Selasa (20 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura, Hong Kong akan semak aturan perjalanan udara apabila keadaan COVID-19 cukup selamat

Latar langit di Singapura (kiri) dan Hong Kong (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2021 10:03PM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 10:08PM

SINGAPURA: Rundingan mengenai aturan khas perjalanan udara Singapura-Hong Kong akan disambung hanya apabila keadaan COVID-19 bertambah baik, menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) pada Selasa (20 Jul).

Ini disebabkan lonjakan jumlah kes dalam masyarakat baru-baru ini dan pelaksanaan langkah-langkah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) di Singapura hingga 18 Ogos, menurut kementerian itu.

Menteri Pengangkutan S Iswaran dan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong Edward Yau akan terus berhubung rapat dan memantau keadaan kesihatan awam di kedua-dua tempat sebelum "meneliti semula keadaan pada hujung Ogos" mengenai aturan perjalanan, tambah MOT.

Seorang jurucakap pemerintah Hong Kong berkata dalam satu kenyataan berasingan pada Selasa bahawa memandangkan lonjakan kes yang disahkan baru-baru ini di Singapura, syarat untuk melancarkan aturan khas perjalanan itu tidak dapat dipenuhi buat masa ini.

Kedua-dua pihak akan menyemak tarikh sasaran "dengan mempertimbangkan keberkesanan langkah-langkah kawalan jangkitan yang dilaksanakan oleh Singapura dan situasi global pada masa itu", kata jurucakap itu.

MOT menyatakan pada 10 Jun bahawa aturan khas perjalanan itu akan terus ditangguh walaupun keadaan COVID-19 di Singapura telah bertambah baik.

Singapura dan Hong Kong akan menyemak keadaan pada Julai sebelum memutuskan tarikh pelancaran, menurutnya ketika itu.

Singapura akan kembali ke Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dari 22 Julai hingga 18 Ogos bagi menangani kenaikan kes COVID-19 tempatan.

Dalam tempoh ini, menjamu selera di kedai F&B dilarang dan hanya sehingga orang dibenarkan dalam perjumpaan sosial.

Berdasarkan kadar penularan saat ini, berkemungkinan kes jangkitan akan "melonjak mendadak", kata Kementerian Kesihatan (MOH). 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan