Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura harus kekal waspada, proaktif untuk banteras fahaman pelampau - Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob berkata Singapura harus kekal berwaspada dan proaktif dalam usaha membanteras ideologi pelampau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Feb 2021 11:07PM Dikemas Kini : 21 Feb 2021 11:11PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata Singapura harus kekal berwaspada dan proaktif dalam usaha membanteras ideologi pelampau.

Beliau berkata ideologi-ideologi pelampau boleh berleluasa dalam zaman media sosial dan penularan maklumat palsu.

Ini lebih-lebih lagi sewaktu pandemik COVID-19 sedang ramai yang menggunakan wadah online.

Presiden Halimah berkata demikian di satu acara mempromosikan keharmonian agama, anjuran Roses of Peace pada Ahad (21 Feb).

Sempena acara tersebut sekumpulan 21 belia dilantik sebagai duta program Roses of Peace yang bertujuan untuk memupuk pemimpin belia silang agama di Singapura.

Duta-duta ini memainkan peranan penting untuk menjadi penghubung antara pelbagai lapisan masyarakat serta menerajui inisiatif-inisiatif yang diasaskan masyarakat.

Puan Halimah juga menekankan pentingnya perpaduan sosial sebagai landasan keamanan dan keharmonian di Singapura.

"Kita dapat melihat di seluruh dunia bagaimana ancaman seperti ekstremisme dan menjadi radikal sendiri boleh menjejas perpaduan dan memecahbelahkan masyarakat," kata Presiden Halimah.

"Baru-baru ini, kita mengenal pasti kes remaja 16 tahun yang ditahan kerana merancang untuk melakukan serangan di dua buah masjid tempatan. Kejadian ini menunjukkan betapa meluasnya ideologi pelampau."

Puan Halimah berkata maklumat tidak sahih di media sosial yang memutarbelitkan kebenaran, menimbulkan rasa curiga dan rasa tidak percaya serta mencetuskan kebencian terhadap orang lain.

Dari masa ke masa, perkara tersebut mampu mengikis kepercayaan dan keyakinan dalam masyarakat.

Mendekati satu sama lain adalah tujuan duta Roses of Peace dengan mewujudkan ruang-ruang selamat luar daripada internet bagi golongan muda membincangkan isu-isu agama dan budaya.

Puan Halimah memuji usaha Singapura untuk memperkukuhkan perpaduan namun masih ada ruang untuk melibatkan diri dengan lebih mendalam dan bermakna. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan