Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura haramkan dagangan domestik gading

Singapura akan mengharamkan semua dagangan domestik bagi gading dari September 2021, menurut Lembaga Taman Negara (NParks) pada Isnin (12 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2019 03:00PM Dikemas Kini : 12 Aug 2019 10:19PM

SINGAPURA: Singapura akan mengharamkan semua dagangan domestik bagi gading dari September 2021, menurut Lembaga Taman Negara (NParks) pada Isnin (12 Ogos).

Larangan itu bermakna gading gajah dan produk-produk yang diperbuat daripadanya tidak boleh dijual di Singapura, menurut NParks. Pameran produk-produk sedemikian untuk tujuan penjualan juga dilarang.

Pengharaman ini berkuat kuasa 1 September 2021.

"Larangan seluruh negara ini menekankan tekad Singapura dalam usaha membanteras perdagangan haram bagi spesies-spesies yang tersenarai di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES)," menurut kenyataan media NParks.

Di bawah CITES, yang ditandatangani Singapura, perdagangan antarabangsa bagi gading diharamkan sejak 1990.

Meskipun Singapura mengharamkan semua penjualan antarabangsa bagi semua produk diperbuat daripada gading sejak 1990, perdagangan dalam negeri masih dibenarkan jika peniaga menunjukkan barangan mereka diimport sebelum 1990 atau diperolehi sebelum spesies gajah berkenaan disenaraikan di dalam CITES.

Selepas penguatkuasaan pengharaman tersebut, para pedagang boleh mendermakan bekalan barangan mereka kepada institusi pendidikan bagi tujuan pendidikan atau menyimpannya.

Mempamerkan gading gajah atau produk gading secara terbuka atas sebab pendidikan atau keagamaan terus dibenarkan. Mereka yang memiliki alat muzik atau barangan peribadi seperti sangkar burung yang mengandungi gading boleh terus menggunakannya di tempat-tempat awam, jelas NParks.

Langkah pengharaman ini dilaksanakan dua tahun selepas rundingan-rundingan yang diadakan dengan pihak awam, termasuk pertubuhan bukan pemerintah dan peruncit gading.

99 peratus responden dalam satu rundingan awam yang dijalankan menerusi portal REACH dari November hingga Disember tahun lalu mempersetujui pengharaman meluas ini.

Setelah dikuatkuasakan, sesiapa yang didapati melanggar larangan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun atau didenda.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan