Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura dedah butiran pelaksanaan 5G, alu-alukan maklum balas

Singapura bergerak selangkah lagi dalam proses melaksanakan rangkaian mudah alih 5G menjelang 2020, dengan melancarkan sesi maklum balas awam kedua berhubung isu seperti rangka kerja kawal selia dan dasar-dasar bagi rangkaian generasi masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 May 2019 04:50PM Dikemas Kini : 07 May 2019 11:43PM

SINGAPURA: Singapura bergerak selangkah lagi dalam proses melaksanakan rangkaian mudah alih 5G menjelang 2020, dengan melancarkan sesi maklum balas awam kedua berhubung isu seperti rangka kerja kawal selia dan dasar-dasar bagi rangkaian generasi masa depan.

Menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam satu kenyataan media pada Selasa (7 Mei), maklum balas yang diterima akan membantu pihaknya memudahkan pelaksanaan rangkaian 5G tepat pada tempoh waktu dan mengenal pasti penggunaan inovatif serta khidmat-khidmat yang memanfaatkan wadah baru itu.

Rangkaian 5G disebut-sebut sebagai berupaya membentuk landskap teknologi masa depan. IMDA memberi keterangan lanjut dengan menyatakan bahawa rangkaian baru ini akan menawarkan jalur lebar mudah alih yang lebih laju, lebih diyakini dan berupaya berhubung dengan lebih banyak peranti.

Bagi pengguna, ini bermakna mereka boleh menikmati permainan komputer awangan atau 'cloud gaming' - keupayaan memainkan permainan video intensif menggunakan alat peranti murah kerana ia diproses di awangan. Pihak peniaga juga boleh memanfaatkan rangkaian tersebut untuk menawarkan khidmat seperti kenderaan tanpa pemandu, menurut IMDA.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran secara berasingan berkata di Parlimen pada Selasa bahawa teknologi dan rangkaian 5G adalah "sebahagian penting" ekonomi digital Singapura. Tambah beliau, negara ini berada pada landasan betul untuk mencapai sasaran melaksanakan rangkaian mudah alih 5G selewat-lewatnya pada 2020.

IMDA kini mengundang cadangan untuk melakukan percubaan teknikal. Selain harga tawaran, pihaknya akan menilai pihak yang membuat bidaan berdasarkan mutu rekaan rangkaian, keutuhan serta keupayaan kewangan. IMDA menyasarkan untuk mengumumkan konsultasi dan keputusannya menjelang hujung tahun ini.

"Visi IMDA adalah agar Singapura menjadi pemain utama 5G antarabangsa dalam perlaksanaan dan khidmat yang selamat serta utuh bagi rangkaian 5G," menurut penguasa itu.

Syarikat telko setempat StarHub menyatakan pihaknya mengalu-alukan pengagihan spektrum 5G oleh IMDA dan sedang memperbaiki rangkaiannya sebagai persediaan bagi 5G.

Sumber : CNA/TQ/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan