Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura dan Filipina rai 50 tahun hubungan diplomatik

Lima anak pokok Narra, dengan setiap satu melambangkan sedekad hubungan antara kedua-dua negara, ditanam di Taman Bishan-Ang Mo Kio. Narra merupakan pokok kebangsaan Filipina.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2019 09:42PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 10:49PM

SINGAPURA: Lima anak pokok Narra, dengan setiap satu melambangkan sedekad hubungan antara kedua-dua negara, ditanam di Taman Bishan-Ang Mo Kio.

Narra merupakan pokok kebangsaan Filipina.

Acara tersebut adalah sebahagian daripada satu siri acara peringatan hubungan dua hala. Ini termasuk pembukaan semula Jambatan Alkaff minggu lalu yang menampilkan karya seni artis dari Filipina, Pacita Abad.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong yang menghadiri acara itu berkata: "Kita semua akan dapat menikmati keindahan dan teduhan yang akan ditawarkan pokok Narra Filipina yang ditanam bersama-sama pokok Trumpet Singapura. Pokok-pokok Trumpet Singapura adalah pokok-pokok Sakura versi Singapura.

"Saya rasa menanam pokok-pokok ini sebelah menyebelah dan tumbuh sebelah menyebelah adalah simbolik bagi ikatan rapat antara kedua-dua negara."

Duta Filipina ke Singapura, Encik Joseph Del Mar Yap pula menyahut bahawa pihaknya menantikan untuk anak-anak pokok itu "berkembang, tumbuh menjadi pokok Narra yang kuat, mulia dan besar" untuk 50 tahun seterusnya.

"Sebagaimana hubungan dua hala Singapura dan Filipina akan terus tumbuh menjadi lebih kuat dan berkembang," tambah beliau lagi.  

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan