Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura boleh main 'peranan penting dalam keselamatan siber serantau'

Singapura boleh memainkan "peranan penting" dalam keselamatan siber dI rantau Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang kepimpinan pemikiran, menurut CEO FireEye Kevin Mandia pada Khamis (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura boleh main 'peranan penting dalam keselamatan siber serantau'

(Gambar hiasan: Kacper Pempel/Reuters)

Diterbitkan : 05 Oct 2018 10:58AM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 11:06AM

WASHINGTON DC: Singapura boleh memainkan "peranan penting" dalam keselamatan siber dI rantau Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang kepimpinan pemikiran, menurut CEO FireEye Kevin Mandia pada Khamis (4 Okt).

Dalam wawancara di luar Sidang Kemuncak Pertahanan Siber​ 2018 anjuran syarikatnya di sini, Encik Mandia memberitahu Mediacorp bahawa Singapura boleh memainkan peranan sebagai peneraju di rantau ini dengan membuka laluan kepada negara-negara lain dari segi bagaimana untuk memberikan respons terhadap insiden siber dan melakar peraturan-peraturan siber bagi negara-negara serantau.

Berhubung peraturan siber serantau, tambah ketua eksekutif itu, ia mungkin merangkumi peraturan-peraturan seperti tidak membenarkan sesebuah negara menggodam sistem negara lain, atau menutup hospital ataupun mencuri rekod kesihatan.

"(Singapura) berupaya mengawal dengan lebih cekap untuk mempersiapkan diri dan bertindak balas terhadap insiden-insiden siber berbanding Amerika Syarikat, dan mungkin negara-negara dunia yang lain," kata Encik Mandia. "Dan anda sangat teratur; anda merupakan negara yang benar-benar akan melaksanakan apa saja yang anda katakan.

"Anda boleh menetapkan tanda aras untuk Asia Tenggara dan akan sukar untuk pihak lain meniru apa yang anda lakukan."

Namun, beliau enggan mengulas berhubung penggodaman SingHealth - yang disifatkan sebagai pembocoran data peribadi yang paling serius di Singapura, dengan data peribadi bukan perubatan milik 1.5 juta pesakit dicuri termasuk data peribadi Perdana Menteri Lee Hsien Loong - serta bagaimana Pemerintah bertindak balas dalam mendedahkan insiden berkenaan kepada orang ramai.

Perbicaraan awam sedang diadakan oleh Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat serangan siber ke atas SingHealth.

CEO FireEye itu pada awalnya menekankan betapa pentingnya untuk menggubal undang-undang siber antarabangsa memandangkan cara negara-negara dunia saling berhubungan di ruang siber semakin "bertambah buruk". Pandangan ini turut disokong oleh mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Madeleine Albright.

Singapura selaku pengerusi ASEAN kali ini, sedang menerajui usaha menggalak pendakapan teknologi secara amnya dan khususnya bagi meningkatkan keupayaan pertahanan siber negara-negara anggota perkumpulan serantau itu.

Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) menyatakan bulan lalu bahawa Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber (AMCC) bersetuju bahawa penting untuk mewujudkan mekanisme keselamatan siber bagi menimbang dan menentukan diplomasi siber yang saling berkait rapat, dasar dan isu-isu operasi. Singapura akan menyarankan mekanisme ini, yang akan dibentangkan kepada para pemimpin ASEAN untuk dipertimbangkan, tambahnya.

Di peringkat dalam negeri, CSA sudah menubuhkan sebuah akademi untuk melatih para karyawan keselamatan siber daripada sektor Pemerintah dan infrastruktur maklumat penting (CII).

Ia turut bekerjasama dengan FireEye untuk menjadi rakan kerja pertamanya bagi menyediakan latihan analisis dan tindak balas terhadap perisian hasad, yang menurut Encik Mandia, inisiatif itu "berjalan lancar". 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan