Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapore Motorshow labuhkan tirainya hari ini; respons bercampur-campur

Acara tahunan Singapore Motorshow melabuhkan tirainya hari ini (13 Jan) selepas diadakan sepanjang empat hari lalu di Pusat Konvensyen Suntec.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapore Motorshow labuhkan tirainya hari ini; respons bercampur-campur
Diterbitkan : 13 Jan 2019 08:27PM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 08:31PM

SINGAPURA: Acara tahunan Singapore Motorshow melabuhkan tirainya hari ini (13 Jan) selepas diadakan sepanjang empat hari lalu di Pusat Konvensyen Suntec.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Singapore Motorshow pada hari terakhir ini untuk menyaksikan sendiri beberapa kenderaan baru.

Pastinya mereka tidak akan rasa kecewa dengan lebih 140 kenderaan dipamerkan dan juga berpeluang menerima habuan daripada permainan percuma yang diadakan syarikat-syarikat terbabit.

Namun begitu, respons bercampur-campur daripada syarikat-syarikat yang ditemui Mediacorp.

Meskipun ada yang menyaksikan kadar penjualan jatuh berbanding tahun-tahun sebelum ini, sebuah syarikat pula menyatakan kadar penjualannya naik 30 peratus.

Acara itu akan kembali buat edisi keenam pada tahun depan.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan