Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapore Mint keluarkan medalion khas AS-Korea Utara

Medalion emas, perak dan yang bersadurkan nikel dikeluarkan bagi memperingati sidang puncak yang sangat dinanti-nantikan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapore Mint keluarkan medalion khas AS-Korea Utara

Medalion emas yang dijual. (Gambar: Singapore Mint)

Diterbitkan : 05 Jun 2018 03:20PM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 03:22PM

SINGAPURA: Medalion emas, perak dan yang bersadurkan nikel dikeluarkan bagi memperingati sidang puncak yang sangat dinanti-nantikan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Singapura.

Singapore Mint mengumumkan hari ini (5 Jun) bahawa medalion-medalion itu bukan hanya untuk memperingati 'langkah bersejarah ke arah keamanan dunia' tetapi juga untuk meraikan peranan Singapura 'sebagai tuan rumah tidak berpihak dan gerbang ekonomi dan keselamatan antara Timur dengan Barat'.

Bahagian depan medalion tersebut memaparkan kedua-dua pemimpin sedang berjabat tangan dan juga bendera kedua-dua negara.

Tarikh dan perkataan 'Sidang Puncak di Singapura' juga tertera di bahagian atas medalion itu.

Bahagian belakangnya pula memaparkan seekor burung merpati yang melambangkan keamanan yang "menggambarkan betapa pentingnya sidang berkenaan dalam membawa kepada keamanan dunia," menurut Singapore Mint.

Bunga-bunga kebangsaan Amerika Syarikat dan Korea Utara - iaitu bunga mawar dan bunga magnolia sieboldii - yang juga dicetak pada bahagian belakang.

Sebanyak 1,000 keping medalion emas yang berharga S$1,380 setiap satu dihasilkan sebanyak 1,000 keping, dengan kurang 200 diperuntukkan bagi Singapura.

Medalion perak pula, yang memaparkan warna penuh bendera kedua-dua negara berharga S$118. Sejumlah 10,000 keping dihasilkan, dengan kurang 2,000 diperuntukkan bagi Singapura.

Dengan harga $36, medalion bersadur nikel pula akan dicetak mengikut permintaan, dedah Singapore Mint.

Ketiga-tiga medalion cenderamata itu boleh ditempah mulai hari ini di cawangan-cawangan Singapore Mint atau imelalui lamannya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan