Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapore Flyer gantung operasi setelah kesan 'masalah teknikal'

Singapore Flyer telah menggantung operasi buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga, setelah masalah teknikal dikesan pada salah satu kabel roda.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2019 07:47PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 09:11PM

SINGAPURA: Singapore Flyer telah menggantung operasi buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga, setelah masalah teknikal dikesan pada salah satu kabel roda.

"Kami sedang menjalankan pemeriksaan dan pembaikan yang perlu dan sedang bekerjasama rapat dengan Penguasa Bangunan dan Binaan untuk melakukan pemeriksaan, sebelum daya tarikan itu dibuka semula kepada orang ramai," menurut seorang jurucakap Singapore Flyer pada Selasa (26 Nov).

Masalah teknikal berkenaan dikesan pada 19 November.

Mereka yang sudah membuat tempahan tiket awal digalak menghubungi Singapore Flyer.

Orang ramai juga boleh menerima kemas kini menerusi laman rasmi Singapore Flyer, Facebook serta akaun WeChat.

Kedai-kedai dan restoran di bangunan Terminal Singapore Flyer akan terus dibuka, tambah jurucakap tersebut. 

Sumber : CNA/ZK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan