Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapore Airlines hadapi kesukaran jual tiket ekonomi premium bagi penerbangan tanpa henti ke AS

Singapore Airlines tidak mengalami sebarang masalah menjual tiket kelas perniagaan bagi penerbangan tanpa henti ke Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapore Airlines hadapi kesukaran jual tiket ekonomi premium bagi penerbangan tanpa henti ke AS

(Gambar: Singapore Airlines/AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2018 07:21PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 07:26PM

SINGAPURA: Singapore Airlines tidak mengalami sebarang masalah menjual tiket kelas perniagaan bagi penerbangan tanpa henti ke Amerika Syarikat. Bagaimanapun, ia perlu meletakkan harga yang lebih menarik bagi kelas premium ekonomi, menurut seorang eksekutif kanan pada Rabu (14 Nov).

Bulan lalu, syarikat itu menawarkan semula penerbangan komersil paling jauh itu - hampir 19 jam penerbangan tanpa henti dari Singapura ke New York - setelah lima tahun dihentikan.

SIA menempah tujuh Airbus SE A350-900ULRs yang mempunyai hanya 67 tempat duduk kelas perniagaan dan 94 tempat duduk dalam kelas ekonomi premium bagi penerbangan-penerbangan itu dan penerbangan tanpa henti ke Los Angeles dan San Francisco. Penerbangan-penerbangan tersebut tidak mempunyai tempat duduk kelas ekonomi.

Ia mencerminkan suatu peluasan besar ke pasaran Amerika Syarikat bagi SIA dan satu ujian mengenai bagaimana pesawat itu boleh mengenakan bayaran premium 20 peratus yang disarankan oleh industri perlancongan. Itu sesuatu yang biasa bagi khidmat-khidmat tanpa henti, bagi penerbangan yang lama disebabkan oleh popularitinya dengan para pelancong kelas perniagaan.

Menurut Naib Presiden Eksekutif SIA, Mak Swee Wah, terdapat permintaan bagi kelas perniagaan di mana, beliau menjangkakannya akan meningkat.

Bagaimanapun bagi ekonomi premium, segelintir pasaran tidak "begitu memahami" produk tersebut, yang menawarkan ruang ruang letak kaki yang lebih luas dan kemudahan-kemudahan lain berbanding kelas ekonomi.

Beliau berkata demikian setelah Singapore Airlines melaporkan pada Selasa (13 Nov) bahawa untung bersih bagi suku kedua, menjunam sebanyak 81 peratus. Ia disebabkan oleh harga minyak yang lebih tinggi, harga penerbangan yang lebih rendah dan kerugian bukan wang tunai dalam Virgin Australia Holdings Ltd, yang mana SIA menjadi pemilik bersama.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan