Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singa Taman Haiwan S'pura sembuh dari COVID-19; pameran dibuka semula esok

Pameran singa Afrika di Taman Haiwan Singapura akan dibuka semula esok (27 Nov) selepas haiwan-haiwan itu pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Singa Taman Haiwan S'pura sembuh dari COVID-19; pameran dibuka semula esok

Gambar: Facebook/Mandai Wildlife Reserve

Diterbitkan : 26 Nov 2021 12:37PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 12:39PM

SINGAPURA: Pameran singa Afrika di Taman Haiwan Singapura akan dibuka semula esok (27 Nov) selepas haiwan-haiwan itu pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

"Singa-singa itu sudahpun pulih sepenuhnya selepas diuji positif SARS-CoV-2 pada 9 November 2021," kata seorang jurucakap Mandai Wildlife Group hari ini.

"Sebagai langkah berjaga-jaga singa-singa itu sudahpun dikuarantin dan dipantau rapi oleh doktor-doktor haiwan dan dan pasukan jagaan haiwan kita.

"Khidmat Haiwan dan Veterinar menggugurkan arahan berkurung ke atas singa-singa Afrika itu pada 23 November 2021 kerana tidak lagi menunjukkan sebarang gejala."

Singa-singa Asiatik Night Safari masih menjalani pengasingan kerana masih menunjukkan gejala ringan COVID-19. Namun, singa-singa itu "cergas, cerdas dan sedang beransur pulih dengan baik," kata jurucakap itu.

"Pasukan-pasukan jagaan haiwan dan veterinar terus menyediakan jagaan sewajarnya dan memastikan haiwan-haiwan itu kekal hidrat dengan baik."

Kesemua penjaga Mandai Wildlife Group yang diuji positif COVID-19 sudahpun pulih dan sudah kembali bekerja dan tiada spesis lain yang dikesan menunjukkan gejala-gejala virus itu, tambah jurucakap tersebut.

AVS melaporkan pada 9 November bahawa empat singa Asiatik di Night Safari diuji positif COVID-19 selepas dijangkiti seorang kakitangan Mandai Wildlife Group. Sehari kemudian, ia menyatakan bahawa seekor singa Afrika di Singapore Zoo juga diuji positif.

Kesemua singa daripada kedua-dua spesis dianggap positif COVID-19 selepas jangkitan-jangkitan tersebut dikesan, menurut Mandai Wildlife Group sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp. Tidak semua singa yang diuji.

Sebanyak sembilan singa Asiatik di Night Safari dan lima singa Afrika di Taman Haiwan Singapura diasingkan dalam dua kumpulan berasingan disebabkan jangkitan itu.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan