Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Simulator baru bantu Polis Pengawal Pantai urus lebih cekap insiden bot terbalik

Tiga lelaki duduk bersebelahan satu sama lain di sebuah struktur persis bot apabila bunyi sebuah motor berkeriut dari sebuah bilik. Struktur tersebut, yang ditempatkan dalam sebuah kolam renang, terbalik 180 darjah lalu menyebabkan kesemua lelaki itu lemas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Simulator baru bantu Polis Pengawal Pantai urus lebih cekap insiden bot terbalik

Dalam kejadian bot terbalik, pegawai mesti menanggalkan peralatan mereka dengan betul, termasuk ves keselamatan yang dikembungkan, sebelum berenang keluar dari bawah bot. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 14 Nov 2021 09:34PM Dikemas Kini : 14 Nov 2021 09:36PM

SINGAPURA: Tiga lelaki duduk bersebelahan satu sama lain di sebuah struktur persis bot apabila bunyi sebuah motor berkeriut dari sebuah bilik. Struktur tersebut, yang ditempatkan dalam sebuah kolam renang, terbalik 180 darjah lalu menyebabkan kesemua lelaki itu lemas.

Adegan itu adalah sebahagian daripada satu sesi latihan di ibu pejabat Polis Pengawal Pantai (PCG) di Pulau Brani.

Tiga lelaki tersebut, para pegawai elit dari Skuadron Tindakan Khas (STS) PCG), kini perlu mencari jalan keluar dari struktur itu.

STS menangani operasi keselamatan awam yang berisiko tinggi di laut seperti mengejar bot pada kelajuan tinggi atau menaiki kapal yang mencurigakan.

Pada Mac 2019, para pegawai STS dikerahkan apabila sebuah bot bermotor tidak berdaftar memasuki perairan Singapura dan memecut ke arah Punggol Barat di mana seorang lelaki kemudian melompat ke dalam laut dan terus berenang menuju ke pantai.

Apabila pengemudi bot enggan berhenti walaupun berulang kali diberi amaran, PCG memintas bot tersebut dan memberkasnya. Seorang lagi lelaki ditangkap di pagar pesisir pantai Punggol Barat.

Pada 2007, dua pegawai PCG terkorban selepas boat mereka mengejar sebuah bot laju yang memasuki perairan Singapura secara haram dan bertembung dengannya. Bot PCG yang dinaiki empat pegawai itu terbalik.

Menyusuli satu operasi mencari dan menyelamat yang intensif, dua pegawai mengalami cedera ringan berjaya diselamatkan manakala mayat dua lagi pegawai ditemuin dalam laut.

Risiko seumpama itu adalah sebahagian sebabnya mengapa PCG menggunakan struktur bergerak, dipanggil simulator latihan jalan keluar bawah air, untuk membantu para pegawai SPS menguruskan keadaan bot terbalik dengan lebih baik lagi.

Dalam kejadian bot terbalik, para pegawai mesti menanggalkan peralatan mereka dengan betul termasuk ves keselamatan mereka sebelum berenang keluar dari bawah bot.

Sepanjang tempoh simulasi latihan, kepala para pegawai yang berada di dalam air hampir berlaga dengan lantai simulator. Dengan setiap seorang daripada mereka bernafas dari sebuah tangki oksigen kecemasan, mereka mencapai belakang mereka untuk membuka ves keselamatan sebelum berenang keluar dari tepi.

Para pegawai yang bertindak balas dalam situasi bot terbalik kadangkala melakukannnya dalam keadaan gelap-gelita tatkala terperangkap di bawah bot di tengah-tengah potensi berlakunya arus kuat dan laut yang bergelora.

Simulator tersebut, dilancarkan pada Ogos dan dibina seperti bot pemintas PK berkelajuan tinggi PCG, mencipta semula situasi sedemikian untuk membolehkan pegawai berlatih dalam persekitaran yang realistik tetapi selamat.

Misalnya, kolam renang latihan dipasangkan dengan penjana gelombang untuk mensimulasikan situasi laut dengan arus dan keadaan berbeza.

Seorang jurucakap polis berkata para pegawai tidak perlu melengkapkan bilangan jam tertentu untuk berlatih di simulator tersebut tetapi ia adalah sebahagian daripada kurikulum latihan sebelum mereka dikerahkan untuk melakukan tugasan.

SIMULATOR URUS BOT

Simulator latihan jalan keluar bawah air bukanlah kali pertama PCG menggunakan teknologi untuk latihan, di samping latihan sebenar di laut yang melibatkan taktik pemintasan dan menaiki kapal.

Pada Mac tahun lalu, ia menggunakan simulator pengurusan dan penembakan bot taktikal untuk berlatih pengemudian, pengawasan dan navigasi berisiko tinggi dalam senario berbeza di laut.

Simulator ini dilengkapi dengan enjin fizik canggih yang menggunakan data sebenar prestasi bot untuk menduplikasikan bagaimana bot berkelajuan tinggi bertindak dalam keadaan sebenar apabila terjejas oleh faktor-faktor seperti gelombang atau pertembungan dengan kapal serta objek terapung lain.

Simulator itu juga dilengkapi dengan pemantau mata untuk membantu jurulatih menganalisis tumpuan penglihatan pegawai dalam senario yang mendesak. Ini seperti mengejar kelajuan tinggi dan memberikan maklum balas tentang bagaimana untuk memperbaiki keadaan.

Komander PCG Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis, Cheang Keng Keong, berkata ketika itu bahawa simulator tersebut akan mengurangkan risiko kecederaan serta kemalangan.

“Pengemudian berisiko tinggi yang dilakukan oleh para pegawai STS semasa pemintasan berkelajuan tinggi dan bersifat taktikal memerlukan pegawai untuk menajamkan kemahiran mereka kerana tiada ruang untuk membuat kesilapan semasa operasi," menurut polis pada Ahad.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan